Sejak berkahwin, selebriti Ayda Jebat dilihat tidak lokek untuk berkongsi momen indah bersama suami Nabil Mahir di laman instagramnya.
Malah, ramai ternanti-nantikan update darinya kerana suka melihat kebahagiaan pasangan ini.
Namun, video terbaru yang dikongsi Ayda Jebat di Insta Story baru-baru ini mendapat kecaman netizen. Rata-rata merasakan video tersebut terlalu ‘mesra’ untuk dikongsi kepada umum.
Ayda berkongsi video yang memperlihatkan dirinya dicium dan dipeluk mesra oleh Nabil dengan menulis kapsyen;
Ingat isteri je suka bau ketiak suami. Yang ni terbalik, aduh aduh!”
Mungkin dilihat terlalu mesra, netizen merasakan video tersebut tidak perlu dikongsi kepada ramai. Ini kerana, ramai pengikutnya yang muda dan tidak manis jika menjadi ikutan anak-anak muda yang mungkin juga masih bersekolah.
Ada yang sempat tengok ke video tu? Apa komen anda?
Baca juga:
Selain Isu Grind*, Suhaimi Saat Dituduh Guna Duit i-Sinar Ina Naim Untuk Buat Lagu Baru
Sumber: Rotikaya
Post comments (0)