Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Kunci Instagram Dan Padam Semua Posting Lama, Rizalman Halang Ketaksuban Para Pengikutnya

today18 June 2021

Background

Baru-baru ini ada sesuatu yang lain bila diperhatikan akaun Instagram milik pereka fesyen terkemuka tanah air, Datuk Rizalman. Kesemua hantaran-hantaran lama telah dipadam dan hantaran pertama di akaunya adalah bertarikh 17 Jun. lebih 6,000 hantaran sebelum ini telah dipadamkan, dan Instagramnya kini seolah-olah seperti akaun Instagram yang baharu.

Melihat kepada perkata itu, wargamaya mula tertanya-tanya apa yang berlaku kepada Rizalman sehingga mengambil keputusan untuk membuang semua gambar-gambar lama di Instagram. Dalam pada itu, hantaran-hantarannya yang terkini pula menunjukkan beliau seperti melakukan ‘pembersihan’ pengikut di Instagram dengan menyekat akaun-akaun yang tidak dikehendakinya.

Baca juga: Tindakan Pemuda Ini Cat Sekali Peti Surat Jiran Terima Pujian Ramai, Tapi ada yang Tak Senang Hati…

Bagaimanapun, ramai pengikut Instagramnya memohon agar Rizalman tidak menyekat mereka kerana meraka masih mahu mengikuti perkembangan semasa Rizalman. Selain itu, ramai yang menyatakan suka mendengar ‘bebelan’ Rizalman serta perkongsian resipi masakannya. Tapi sama ada disekat ataupun tidak, itu terpulang kepada Rizalman untuk kebaikan dirinya.

Dalam salah satu hantaran, Rizalman turut kongsi satu tangkap layar dari Facebook mengenai dirinya, yang menyatakan Rizalman kini sedang menghalang ketaksuban para pengikutnya. Dari perkongsian itu, Rizalman menegaskan agar pengikut di Instagram tidak terlalu memaksa dirinya untuk berkongsi tentang hidupnya kerana risau ia akan mendatangkan fitnah. Kata Rizalman, di luar sana ada yang lebih baik dari dirinya yang berkongsi dakwah, berkongsi resipi memasak, dan juga berkongsi tentang kejayaan.

“Dia punya rasa lega tu Allah sahaja yang tahu. Tapi jangan expect aku bertukar 180 darjah,” ujar Rizalman dalam hantaran terbaharunya.

Sementara itu, rata-rata pengikut di Instagramnya terus menyatakan sokongan buat Rizalman. Ramai yang mendoakan agar dipermudahkan dalam urusan memperbaiki diri. Apa-apa pun, semoga pengikut Instagram Rizalman ambil positif apa yang cuba disampaikan olehnya. 

Baca juga: #BukaParlimen Jadi Sohor Kini, Ramai Sambut Baik Titah YDPA Mohon Sidang Parlimen Dipercepatkan

Written by: Hamka Rosli