Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Merdu, Sebutan Huruf Pun Jelas” – Tarannum Surah Al-Kauthar, Kemerduan Suara Zizi Kirana Dipuji Ramai

today18 June 2021

Background

Di hari yang mulia ini, memang elok kalau kita buat perkongsian perkara-perkara yang ilmiah dan boleh menambah pahala. Kalau duduk di rumah, bolehlah mengaji Al-Quran, ataupun mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Nak lagi best, boleh dengar alunan merdu bacaan Al-Quran daripada Zizi Kirana. 

Perkongsian terbaharu Zizi Kirana, atau pemilik nama penuh Nur Fazelah@Zizie Mad Tahil di Instagram itu mencuri perhatian ramai apabila dia mengalunkan bacaan Al-Quran surah Al-Kauthar dengan penuh kemerduan. Sebelum ini memang semua sedia maklum bahawa Zizi memang berkebolehan untuk bertarannum. Mungkin dengan bakat nyanyiannya, alunan tarannumnya sedap didengari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Baca juga: Kunci Instagram Dan Padam Semua Posting Lama, Rizalman Halang Ketaksuban Para Pengikutnya

“Surah Al-Kauthar, Tarannum Rast. Baru belajar ni, maaf kalau kurang,” tulis Zizi di ruangan kapsyen dengan memaklumkan gaya tarannumnya itu baru dipelajarinya. 

Memang merdu sekali alunan tarannum Zizi walaupun ianya baru dipelajarinya. Hal itu turut diakui oleh wargamaya lain apabila ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan pujian. Rata-rata memuji kemerduan suara Zizi membaca surah tersebut. Selain itu, ada juga yang menyatakan selain suara Zizi yang merdu, sebutannya juga kedengaran jelas.

Walaupun Zizi sebelum ini terkenal dengan imejnya yang seksi, namun meninjau Instagramnya dia kini kerap memuat naik gambar dirinya berhijab. Semoga imej dan gaya baharu ini akan terus berkekalan, dan Zizi pun terus istiqomah ke arah kebaikan. 

Baca juga: Padam Gambar Seksi, Zizi Kirana Berniat Untuk Berhijab Dalam Masa Terdekat

Written by: Hamka Rosli


Previous post