Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Misteri Di Sebalik Asal Usul ‘Orang Lumpur’ Papua New Guinea

today22 May 2021

Background

Dalam zaman yang serba canggih dan serba moden ni jangan tak sangka bahawa masih ada lagi suku kaum atau puak yang terpisah dari kemodenan dunia. Terpisah dari kemodenan ni bukan setakat tak menggunakan teknologi terkini, tapi tak menggunakan teknologi asas seperti tenaga elektrik.

Image via:https://www.ursulasweeklywanders.com/

Puak yang dikenali dengan nama ‘Asaro Mudmen’ ini tinggal di luar perkampungan Goroka di Papua New Guinea. Puak ini kelihatan agak misteri kerana mengenakan kostum topeng lumpur yang menyerupai jembalang hutan. Kalau terserempak dengan puak ni dalam hutan mungkin kita akan pengsan sebab terkejut dengan penampilan mereka. Tapi mungkin juga itu merupakan keunikan puak Asaro Mudmen yang masih kekal sehingga kini.

Asal Usul Puak Asaro Mudmen

Terdapat kisah lagenda di sana yang mengatakan puak Asaro Mudmen ini pernah dikalahkan oleh musuh mereka dari puak lain dan memaksa mereka untuk melarikan diri ke Sungai Asaro. Semasa bersembunyi, badan mereka dipenuhi dengan lumpur berwarna putih kerana tempat itu memang penuh dengan lumpur. Menjelang waktu senja, puak Asaro Mudmen segera menyambung escape plan mereka. Bagaimanapun, puak musuh yang ternampak mereka bangun dari tempat persembunyian terkejut melihat puak Asaro Mudmen yang dipenuhi dengan lumpur dan menyangka mereka dah bertukar menjadi roh. Nasib baik jugalah kebanyakan puak ketika itu takut dengan jelmaan roh dan sekaligus telah membuatkan  puak Asaro Mudmen menjadikan ia sebagai kekuatan mereka. 

Baca juga: Misteri Segitiga Bermuda: Fakta Atau Auta?

Jadi sebenarnya secara kebetulan jugalah puak Araso Mudmen ni berketerampilan seperti jembalang hutan. Ia bagi tujuan keselamatan mereka juga daripada ancaman puak lain. Pada asalnya mereka hanya melumurkan lumpur ke badan mereka untuk kelihatan seperti roh, tetapi hari ini dapat dilihat puak Araso Mudmen memakai juga topeng lumpur yang menakutkan sebagai tanda penghormatan kepada roh-roh di dalam hutan. Tetapi kisah ini hanyalah kisah lagenda yang diceritakan secara turun temurun.

Image via:https://www.stuff.co.nz/

Satu lagi kisah lagenda yang diceritakan adalah tradisi melumurkan lumpur ke badan dan memakai topeng lumpur menyerupai jembalang hutan bermula daripada satu majlis perkahwinan puak tersebut. Diceritakan satu pasangan dari puak itu bakal melangsungkan perkahwinan tetapi tetamu yang hadir harus memakai pakaian tradisional masing-masing. Tapi satu lelaki dari puak tersebut tidak mempunyai pakaian tradisional. Jadi dia pun menghasilkan satu kostum topeng daripada bag tali dan melumurkan badanya dengan lumpur. Bila tiba di majlis perkahwinan tersebut, semua tetamu menyangka dia adalah hantu. Majlis yang sepatutnya diraikan oleh orang ramai bertukar mimpi ngeri buat mereka selepas masing-masing melarikan diri selepas menyangka lelaki tersebut adalah hantu.

Image via:https://www.wikiwand.com/

Sememangnya asal usul puak ini masih menjadi tanda tanya disebabkan hanya sedikit sahaja sejarah tentangnya yang ditulis. Maka, banyaklah teori-teori tentang puak Asaro Mudmen ini. Disebabkan ini juga ada di antara mereka yang tidak tahu pun berapa umur mereka disebabkan tarikh lahir mereka tidak ditulis. Mungkin tu yang jadi kes umur dah 30 tahun tapi masih mengaku umur 18 tahun sebab tak tahu lahir tahun bila. 

Baca juga: Kehebatan ‘Servis Sidek’ Digeruni Pihak Lawan Sehingga Diharamkan?

Sumber daripada: BBC & Stuff

Written by: Hamka Rosli


Previous post