Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Muka Ganas Tapi Ada Taman Dalam Hati”- Zul Ariffin Bawa Watak Yang Berbeza Dalam Wifi Sebelah Rumah

today1 June 2021

Background

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila Ruhaines dan Zul Ariffin masing-masing berkongsikan gambar mesra mereka bersama di laman Instagram bagi mempromosikan drama terbaru gandingan mereka berdua iaitu Wifi Sebelah Rumah. Ramai sebenarnya yang sudah menanti-nanti untuk menonton drama bersiri ini. Oleh itu, ia merupakan satu berita yang baik buat semua apabila diumumkan bahawa drama ini bakal disiarkan secara eksklusif di perkhidmatan penstriman terbaru Disney+ Hotstar pada 24 Jun nanti. Disney+ Hotstar Malaysia memulakan perkhidmatannya hari ini dan ia membawakan pelbagai filem hits termasuklah filem blockbuster tempatan.

Baca juga: Disney+ Hotstar dilancar di Malaysia 1 Jun ini

Melalui sesi virtual Sembang Bersama Disney+ Hotstar pada Khamis lalu, Ruhaines menerangkan bahawa drama bersiri Wifi Sebelah Rumah adalah sebuah drama genre romantik komedi dan ini adalah pertama kali dia digandingkan bersama dengan Zul Ariffin. Pada mulanya dia akui tertanya-tanya jika Zul Ariffin boleh membawa watak romantik komedi. “Saya bukan underestimate tapi Zul selalu bawa watak yang macho tiba-tiba kena bawa watak yang begini jadi saya tertanya-tanya,” kata Ruhaines.

“Bayangkan sebelum ini Zul selalu bawa watak serious dan ganas tapi dalam drama ini Zul kena muncungkan bibir dan sebagainya, kelakar bila lihat Zul bawa watak komedi seperti ini,” ulas Ruhaines lagi.  Walaupun berbadan sasa dan selalu melakonkan filem aksi yang ganas, Zul sangat profesional dalam bekerja. Ternyata Zul Ariffin memang seorang pelakon yang verstail dan dia mampu membawa bermacam-macam jenis watak dalam dunia seni.

Menurut Zul Ariffin, dia akui suka menonton filem atau drama romantik komedi oleh itu dia ingin mencuba berlakon dalam karya genre ini. Katanya, drama bersiri Wifi Sebelah Rumah ini merupakan satu peluang buat dirinya melakonkan watak yang lain daripada yang lain. “Ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan.” tambah Zul.

Selain Wifi Sebelah Rumah, satu lagi karya yang menonjolkan Zul Ariffin sebagai pelakon utama iaitu filem aksi J2: J Retribusi turut ditayangkan di Disney+ Hotstar. Apa yang lebih menariknya, filem ini adalah salah satu filem blockbuster yang pertama kali “langkah pawagam” dan disiarkan eksklusif di perkidmatan penstriman. Ini bermakna dua pencapaian baru dicipta oleh Zul Ariffin melalui Disney+ Hotstar.

Tak sabar rasanya nak tengok lakonan Zul Ariffin dalam kedua-dua filem dan drama bersiri ini. Siapa tak nak tengok lakonan hero malaya kan? Hari ini anda boleh terus langgan Disney+ Hotstar dan berpeluang tonton lebih 800 filem dan 18000 episod drama bersiri. Menariknya!

Baca juga: Disney+ Hotstar Buka Peluang Yang Baik Untuk Orang Luar Tonton Filem Tempatan Di Platform Yang “Halal”

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

Terkini

Kempen Jom Auto Labur tawar hadiah menarik bernilai RM360,000

PETALING JAYA – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) melalui syarikat pengurusan unit ama­nah milik penuhnya, Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) telah meneruskan kempen Jom Auto Labur bagi tahun in dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM360,000. Kempen yang telah bermula pada 1 Mac lalu dan akan berlangsung sehingga 31 Ogos ini menawarkan hadiah kepada lebih daripada 1,600 pemenang. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin berkata, berdasarkan kejayaan... Klik untuk […]

today1 June 2021