Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

‘Next’, Ayah Cik B Nak Tuntut Harta Sepencarian & Harta 2 Anak Yang Meninggal Pula?

today4 January 2021

Background

Jika dulu pernah viral isu suami kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida menuntut hak penjagaan dua anak kandungnya, Cik B dan Kacak. Kini, isu tersebut seakan hampir tamat namun, ramai mempersoalkan kejujuran suaminya itu.

Menurut laporan Harian Metro, kes hak penjagaan anak sudah selesai dan bergantung kepada Cik B dan Kacak untuk menghubungi ayah mereka apabila sudah bersedia.

“Alhamdulillah, saya lega kes sudah diputuskan dan selepas ini, terpulang kepada Cik B dan Kacak untuk menghubungi ayah mereka apabila sudah bersedia,” kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida.

Beliau berkata demikian susulan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah hari ini menolak tuntutan hadanah yang dibuat oleh bekas suaminya, Mohd Amin Yasin, 43, terhadap dua anaknya Edlynn Zamilleen, 16, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,14, atau lebih dikenali sebagai Kacak.

Ketika ditemui media hari ini, Vida, 50, meluahkan rasa syukur dengan keputusan terhadap tuntutan yang dibuat pada 3 November lalu.

Saya rasa buat masa sekarang, mereka tidak sesuai lagi untuk berjumpa atau berhubung atas sebab tertentu dan itu juga atas kehendak Cik B dan Kacak sendiri.

“Bagaimanapun saya tidak pernah menghalang mereka untuk berhubung kerana tidak mahu putuskan silaturrahim namun untuk berjumpa secara ‘in person’, biarlah dulu,” katanya. Bagaimanapun beliau akan mematuhi arahan mahkamah supaya membenarkan kedua-dua anaknya itu menghubungi Mohd Amin dalam usaha menjernihkan semula hubungan tiga beranak itu.

Bila mereka (Cik B dan Kacak) dah sedia, boleh la telefon. Jangan kata mereka anak derhaka pula, kerana orang luar tidak tahu apa berlaku, hanya kami yang menanggungnya,” katanya.

Ingin buka kes harta sepencarian!

Sementara itu Mohd Amin berkata, dia berlapang dada menerima keputusan mahkamah dan setia menunggu dua anaknya itu untuk menghubunginya sebaik mereka bersedia namun akan cuba membuat rayuan sekiranya perkara itu tidak berlaku.

Cuma selepas ini saya akan buka kes harta sepencarian iaitu bermula ketika saya dan dia dahulu sehingga bercerai.

Selain itu saya juga akan menuntut harta dua anak yang meninggal dunia termasuk pampasan insurans mereka kerana ketika anak meninggal dunia dulu, saya tidak berpeluang untuk menatap kali terakhir,” katanya sambil menambah baru mempunyai keyakinan membuat tuntutan berkaitan.

Moga segala masalah dapat dibincangkan dengan cara yang elok. Yang penting, anak-anak gembira kan?

 

 

Baca juga:

Perkongsian Kisah Hidup Cik B Masa Kecil Bongkar Perangai Sebenar Ayahnya

Muzik Video “Tolonglah”.. Cik B Trending Nombor 1 Di YouTube

 

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

Written by: Ainaa


Previous post

tsloko6sryptsawgyzvs

Sukan

AFC Perkenalkan Logo Baharu Semua Pertandingan Sebagai Langkah Penjenamaan Semula

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah memperkenalkan logo baharu semua pertandingan kelolaan mereka bagi meningkatkan reputasi dan prestij kejohanan tersebut mulai 2021. Ini termasuk semua pertandingan di peringkat bawah umur seperti Kejohanan AFC B-23 kini ditukar kepada Piala Asia B-23 (AFC U23 Asian Cup), Kejohanan AFC B-19 ditukar kepada Piala Asia B-19 (AFC U19 Asian Cup) dan Kejohanan AFC B-16 ditukar kepada Piala Asia B-16 (AFC U16 Asian Cup). Manakala […]

today4 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *