Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Otak Ligat Berfikir Semasa Mandi? Ini Sebabnya Kenapa Kita Ada ‘Shower Thoughts’

today30 May 2021

Background

Shower thoughts merupakan satu perbuatan di mana otak akan melalui satu proses berfikir yang lain semasa mandi. Ia berbeza dengan kita berfikir semasa kita melakukan perkara-perkara lain. Benda ni mesti selalu terjadi dekat kepada kita. Kadang-kadang bila buat assignment atau buat kerja dekat pejabat, fikiran kita terlalu fokus pada tugasan kita.

Bila waktu kita perlu cari idea untuk tugasan kita tu, otak kita jadi macam tepu sebab ilham tak sampai-sampai. Kering idea orang kata. Tapi balik je rumah masa kita mandi tu, mencurah-curah pula idea yang datang. Tak tahu dari mana idea ni datang, tapi waktu mandilah baru dia nak muncul. Jadi kenapa otak kita selalu memunculkan idea atau berfikir dalam radius yang lebih luas semasa mandi?

Suasana Ketika Mandi

Antara faktor utama kenapa kita kadang-kadang dapat idea yang menarik semasa mandi adalah kerana persekitaran atau suasana ketika mandi itu sendiri. Air yang menghujani kepala kita semasa mandi merupakan satu perkara yang membuatkan kita berasa relax. Ia mampu membuat fikiran kita berlegar-legar mencari idea di luar kotak sambil ditemani dengan bau sabun yang wangi. Kalau mandi air panas, kesannya akan lebih lagi sebab badan kita rasa selesa dengan kehangatan air mandi. Ini antara penjelasan dari pakar psikologi lah kenapa kita ada shower thoughts tu.

Selain itu, semasa mandi juga kita terhindar daripada sebarang gangguan. Kita berseorangan di dalam tandas dan jauh dari sebarang gadget. Yang ada cuma kita dan fikiran kita sahaja. Perbuatan mandi itu sendiri tidak memerlukan daya berfikir yang tinggi kerana ianya sudah menjadi rutin harian kita. Kita seperti berada dalam autopilot semasa mandi. Jadi fikiran kita bebas untuk memikirkan apa sahaja yang tidak pernah difikirkan sebelum ini. Semua faktor itu turut membantu mengeluarkan sedikit dopamine dalam otak kita, yang membantu daya berfikir kreatif.

Sebenarnya selain mandi, perkara-perkara lain seperti bersenam, berjalan, memancing dan memandu juga merupakan perbuatan yang membantu mengeluarkan dopamine dalam otak kita. Kajian menunjukkan otak kita lebih banyak berfikir semasa kita melakukan aktiviti monotonous. Ada juga golongan yang mendapat idea terbaik semasa membuang hadas besar. Tetapi shower thoughts adalah contoh yang jelas bagi situasi dimana otak kita mampu mengeluarkan idea-idea kreatif.

Baca juga: Benci Dengan Suara Sendiri? Ini Sebabnya Kenapa Kita Tak Suka Suara Sendiri Dalam Video

Otak Yang Relax Mampu Beri Idea Yang Kreatif

Menurut kajian pakar-pakar psikologi, otak yang berada dalam keadaan santai atau relax adalah penting untuk menghasilkan idea kreatif. Bila bahagian prefrontal cortex menjadi tenang, iaitu bahagian yang memainkan peranan untuk pemikiran daya tinggi kita, otak kita akan mula untuk melakukan aktiviti berifkir di luar kotak.

Ketika fikiran kita berada dalam keadaan tenang, kita lebih cenderung mengalihkan perhatian kita secara dalaman, dan bila kita sedang fokus, perhatian adalah secara luaran, di mana kita memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah. Walaupun pemikiran yang fokus untuk menyelesaikan masalah itu penting secara analytical, tetapi ia sebenarnya menghalang otak untuk menghubungkan perkara-perkara yang kita tidak nampak. Kalau ada sesi perbincangan dalam kumpulan untuk brainstorming pun, duduk sejam masih tak muncul idea paling kreatif tu. Kreativiti bukan sesuatu yang boleh dipaksa, tapi ia satu proses berfikir yang unik dan sering muncul semasa kita sedang mengelamun.

Idea-idea ini dipanggil sebagai idea bawah paras sedar. Sebenarnya ia ada dalam fikiran kita tapi sebab kita terlalu fokus dengan masalah, idea bawah paras sedar ni tak mampu nak dihubungkan. Kuncinya adalah untuk berehat sebentar dan tenangkan fikiran anda. Jadi lepas ni anda dah tahu kalau nak mencari idea kreatif, pergilah mandi, ataupun buatlah perkara-perkara yang boleh buat anda tenang sebentar.

Baca juga: Kejadian Sebenar ‘The Conjuring’ Yang Tidak Difilemkan Ini Dikatakan Lebih Menyeramkan!

Sumber daripada: The Right To Shower, Open Buffer & Mentalfloss

Written by: Hamka Rosli


Previous post