Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Pelajar Jujur Tak Hadir Kelas Online Kerana Urus Kambing Bersalin Undang Dekah Netizen

today30 June 2021

Background

Bila perlu belajar di rumah dan hadiri kelas secara online memang banyak cabarannya. Dalam waktu pandemik ini lagilah hebat cabarannya. Rasanya sukar nak dapatkan kehadiran penuh murid jika lakukan kelas secara online. Paling tidak pasti ada seorang dua yang tercicir di belakang atas faktor-faktor yang berbeza.

Baca juga: Senarai Bantuan Dalam Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Bakal Kurangkan Beban Rakyat

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh seorang gadis dikenali sebagai Cah. Menerusi video tersebut Cah berkongsikan alasan rakan sekelasnya tidak dapat  hadir ke kelas online yang sepatutnya berlangsung pada waktu petang.

@cahhhhhhh_6korang pernah tak lecture korang mintak bukti kenapa tak tick attandence?? Agak ii kisah ni masuk fyp tak??##studentlife ##odl ##uitm ##kambing♬ Oh No, Oh No, Oh No No No Song – Tik tok & Tendencias & Challenge

Mereka ini difahamkan adalah pelajar di sebuah universiti tempatan di Malaysia. Kehadiran pelajar adalah perkara pertama yang akan diambil oleh tenaga pengajar sebelum memulakan kelas. Selepas kelas selesai selalunya guru atau pensyarah akan semak semula senarai kehadiran pelajar dan ambil maklum alasan daripada pelajar yang tidak dapat hadir ke kelas.

Sama rutinnya bagi pensyarah ini yang meminta 5 orang pelajarnya yang tidak dapat  hadir ke kelas online pada hari itu untuk memberikan alasan yang munasabah. Namun, alasan yang diberikan oleh pelajar yang bernama Syafiq melangkaui jangkaan rakan-rakan dan mungkin pensyarah itu sendiri.

Kata Syafiq, dia tidak dapat hadir kerana terpaksa uruskan kambingnya “bersalin”. Pada mulanya pensyarahnya itu ingatkan Syafiq bergurau lalu memintanya memberikan sua foto atau selfie bersama anak kambing sebagai bukti pada keesokan paginya.

Patuh pada arahan  pensyarah, tepat jam 7.26 pagi Syafiq kongsikan selfienya bersama anak-anak kambing yang baru dilahirkan semalam. Bukan itu sahaja, dia turut merakamkan video kambing di kandang sebelah rumahnya sebagai bukti.

Rakan sekelasnya, Cah yang terhibur dengan pendedahan ini berkongsikannya di laman TikTok sehingga ianya menjadi tular. Rupanya bukan Cah sahaja yang terhibur tetapi gelagat pelajar yang bernama Syafiq ini betul-betul undang dekah netizen. Dalam tawa, ramai juga yang memuji Syafiq kerana sikapnya yang jujur sehingga terkedu pensyarah dibuatnya.

Meninjau ke ruangan komen, ada netizen yang memberikan sebab mengapa Syafiq perlu teman kambingnya yang ingin beranak. Menurut perkongsiannya, ada sesetengah kambing perlukan tuannya untuk teman ketika ingin beranak. Jika tidak, kambing ini akan bising. Kenyataan ini dibalas oleh Cah di mana dia berkata Syafiq ada memberi penjelasan yang sama.

Nasib baik alasan yang diberi tu memang benar terjadi. Kalau tipu kan susah nak cari anak kambing untuk selfie bersama. Apa pun, kita doakan agar urusan pelajar-pelajar yang terpaksa menghadapi kelas secara online terus semangat ya. Tak lupa juga kepada semua tenaga pengajar yang tak kenal erti putus asa, anda insan hebat.

Baca juga: Kempen Bendera Putih Sebagai Simbol Soladiriti Disambut Baik Segelintir Rakyat Malaysia

Sumber: Cah

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

Terkini

Alam Flora agih 1,100 pek prihatin

PETALING JAYA – Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) mengedarkan kira-kira 1,100 pek prihatin kepada petugas barisan hadapan di beberapa lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Co­vid-19 Assessment Centre (CAC) dan Pusat Khidmat Gelandangan di Kuala Lumpur (KL) dan Sela­ngor bermula semalam sehingga 15 Julai ini. Sumbangan itu dilengkapi dengan set hidangan yang dipek dalam bekas makanan guna se­mula, set sanitasi tangan dan lencana Alam Flora Prihatin. Ketua Pegawai Eksekutif Alam […]

today30 June 2021