Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Pelajar Matrikulasi Perak Yang Di Saman Rm1500 Hanya Dapat ‘Pengurangan’ Kompoun

today21 April 2021

Background

Terkini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Putrajaya telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan susulan insiden pelajar Matrikulasi Perak yang dikompoun sebanyak RM1500 kelmarin. Insiden yang tular di media sosial itu telah mendapat perhatian wargamaya lebih-lebih lagi apabila isu ini berkait rapat dengan masalah ‘double standard’ di kalangan pihak berkuasa dan golongan kayangan. Menurut kenyataan rasmi tersebut, semua rayuan kompoun 6 orang pelajar Matrikulasi Perak hanya diberikan ‘pengurangan’ kompaun mengikut tatacara sedia ada.

Menurut Kenyataan Rasmi tersebut, kompoun yang dikeluarkan adalah berdasarkan Peraturan 17, Peraturan-peraturan Pencegahan, Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020. Namun begitu, jumlah pengurangan kompoun tidak dinyatakan dalam kenyataan rasmi berikut. Difahamkan, pihak pengurusan kolej telah meminta rayuan pengurangan kompaun kerana para pelajar berada di golongan yang berpendapatan rendah serta tidak mampu untuk membayar jumlah kompoun yang dikenakan.

Baca juga: “Tak Perlu Siasat Pelajar, Terus Dikompoun RM1500” – YB Syed Saddiq Berang Isu ‘Double Standard’ Masih Berlanjutan  

Isu ini telah mengundang amarah wargamaya terutamanya apabila nasib pelajar yang menimpa dugaan berat ini tidak disoal siasat terlebih dahulu sebelum pihak berkuasa membuat keputusan untuk memberi saman kepada mereka. Rakyat Malaysia tidak akan marah sesuatu perkara tanpa sebab. Jelas terbukti bahawa pihak berkuasa mempunyai sikap ‘double standard’ yang kuat terutamanya kepada golongan kayangan dan selebriti.

Sampai bila isu ‘double standard’ ini akan berakhir…? Sudahlahh pelajar Matrikulasi Perak ini di ‘kurung’ selama 5 bulan dan hanya mendapat elauan sebanyak Rm1250 selama 6 bulan, bagaimana mereka nak melangsaikan jumlah kompoun yang dikenakan kepada mereka? Geramnya… Apa-apa pun semoga nasib akan menyebelahi pelajar-pelajar yang ‘teraniaya’ ini..  Sama-sama kita nantikan susulan mengenai isu ini daripada pihak KKM.

Baca juga: Perkahwinan Dua Darjat Golongan Kayangan dan Rakyat Biasa, Majlis Neelofa Double Standard Ke?

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Twitter KKM Putrajaya

Written by: Hamka Rosli


Previous post