Tak dapat dinafikan, saat melahirkan bayi adalah satu proses yang menakutkan. Kesakitan yang tidak dapat digambarkan dan diluah dengan kata.
Begitulah yang dilalui pelakon dan adik kepada aktres Erma Fatima dan Datin Umie Aida, Betty Rahmad ketika melahirkan putera sulung mereka, Ardy Wira pada dua tahun lepas.
Perkongsian ini dibuat kali pertama di media sosial sempena hari kelahiran anaknya yang kedua. Dia juga seperti wanita lain yang merasai kesakitan tidak terperi ketika melahirkan cahaya mata.
Menurut penulisannya dalam posting tersebut, anak dilahirkan jam 6.30 petang dan proses mengeluarkan putera sulungnya agak mencabar kerana mengalami contraction semenjak 5.30 pagi lagi dengan bukaan 3-4cm.
“Sehingga jam 10 pagi bukaan masih sama. Masa tu doktor terus bagi Pitocin dan lepas tu mereka pecahkan air ketuban. I was like whattttttt! I dapat rasa air keluar dan tak boleh kawal.
“Berjam-jam layan contractions…”
Lepas beberapa jam sakit tak ingat dunia dah dan dipendekkan cerita, dari 9 pagi sehingga 5 petang I layan contractions yang teramat sakit, YaAllah… tuhan je tau,” tulisnya.
Tambahnya lagi, selepas bukaan 5 cm, doktor mula suruh teran untuk keluarkan bayi dan ketika itu, tiada suntikan epidural diberikan.
“Push punya push punya push selama satu jam. Masih lagi tak boleh keluar. dan kemudian doktor datang cakap I kena pilih vacuum atau emergency bedah sebab lama sangat bahaya untuk baby,” ceritanya lagi.
“Suami tak boleh masuk….”
Dalam pada masa sama, Betty turut kongsikan momen sedih saat menahan kesakitan bersalin.
Dalam kesakitan, terselit kemanisan. Alhamdulillah, sekarang Ardy Wira membesar dengan bijak dan comel! Siapa nak ada perancangan memiliki cahaya mata, pastikan kekuatan mental dan fizikal betul-betul bersedia.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Cuti Bersalin 14 Minggu Untuk Pemain Wanita Berkuatkuasa Tahun Hadapan
Isteri Dr Sheikh Muszaphar Dipaksa Bersalin Awal Kerana Preeklampsia
Sumber: instagram
Post comments (0)