Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Rakam Dan Bunuh, Pembunuh Sadis Ini Ditangkap Ketika Mencuri

today18 April 2021

Background

Kisah pembunuhan kejam ini merupakan antara kisah yang tidak tercapai dek akal manusia. Pembunuh yang bernama Charles Ng ini merupakan seorang pembunuh yang disifatkan sebagai tidak mempunyai hati perut kerana berasa seronok melakukan jenayah bunuh. Tidak cukup dengan bunuh, dikatakan sebelum mangsanya dibunuh dia akan menyeksa dan merogol mangsanya terlebih dahulu dan merakamkan aksinya dengan pita rakaman video. Mungkin hanya orang yang tak cukup waras dan orang yang hati seperti binatang sahaja yang akan buat perkara seperti itu.

Image via:https://allthatsinteresting.com/

Sebab itulah kekejaman Ng boleh dikategorikan sebagai tidak berperikemanusiaan. Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Cuma penangkapan Ng oleh pihak polis mengambarkan bertapa rendahnya IQ seorang pembunuh.

Latar Belakang Yang Baik

Charles Ng Chi-Tat merupakan lelaki yang datang dari keluarga yang tidak bermasalah. Dia dilahirkan pada tahun 1960 di Hong Kong. Kedua ibu bapanya merupakan orang yang rajin bekerja dan tidak menimbulkan masalah dalam komuniti. Tetapi semasa zaman kanak-kanaknya, dia merupakan seorang kanak-kanak yang suka memberontak dan sering mendapat markah rendah dalam kelas. Kerana bercita-cita untuk mendalami martial arts, bapanya sering memintanya untuk fokus pada pelajaran. Kedegilannya juga menjadi punca dia dipukul berkali-kali oleh bapanya.

Image via:https://murderpedia.org/

Sejak dari tu, Ng terus menjadi memberontak dan buat perangai di sekolah. Dia juga selalu di buang sekolah kerana perangainya. Walaupun bapanya menghantar Ng ke sekolah asrama di England dengan harapan dapat mendisiplinkannya, tetapi dia tetap dibuang sekolah kerana mencuri.

Semasa berumur 18 tahun, Ng mendapatkan visa pelajar dan berpindah ke Belmont, California, dan mendaftarkan diri ke kolej Notre Dame. Tetapi dia hanya bertahan selama satu semester je. Dalam masa tersebut jugalah dia bertemu dengan rakan jenayahnya, Leonard Lake, seorang lelaki yang berumur 15 tahun lebih tua darinya, dan dari situlah bermulanya jenayah bunuh tanpa belas kasihan dari mereka berdua.

Baca juga: Pembunuh Bersiri Paling Gila, Guna Kulit Mangsa Jadikan Perabot

Seksa, Rakam Dan Bunuh!

Pada tahun 1982, pihak berkuasa menyerbu tempat tinggal Ng dan Lake, dan merampas sejumlah besar senjata dan bahan letupan haram yang dicuri Ng. Dia dipenjarakan selama 18 bulan kerana kesalahan mencuri, manakala rakan jenayahnya Lake dibebaskan dengan ikat jamin. Selepas 18 bulan, Ng dibebaskan dan bertemu kembali dengan rakan jenayahnya, Lake. Setelah itu, episod pembunuhan kejam dari mereka berdua pun bermula.

Image via:https://militaryjusticeforall.com/

Mereka berdua berpindah ke sebuah kabin terpencil yang disewa oleh Lake berhampiran kaki bukit Sierra Nevada. Mereka menggelar kabin tersebut sebagai ‘Penjara Seksaan’. Kalau dah siap ada nama pada tempat mereka melakukan jenayah, memang boleh digelar sebagai pembunuh kejam! Mangsa pembunuhan mereka pula tidak mengenal usia dan juga jantina. Bayi kecil yang tak berdosa pun mereka boleh bunuh.

Walaupun mangsa mereka tidak mengenal usia dan jantina, Lake dan juga Ng lebih seronok menyeksa mangsa perempuan. Mereka akan menyeksa, merogol dan setelah puas barulah dibunuh. Segala aksi mereka selalunya akan dirakam untuk kepuasan diri.

Image via:https://murderpedia.org/

Menurut laporan hasil siasatan, Ng menyeksa mangsanya dengan menggunakan playar untuk merobek puting mangsanya. Selain itu, dia juga memasukkan benda asing menggunakan power drill ke dalam kemaluan mangsa wanita, memasukkan batang besi ke dalam anus mangsa, dan juga mematahkan jari menggunakan alat cengkaman. Itu merupakan sebahagian kekejaman yang dilakukan mereka.

Ditangkap Kerana Ketagihan Mencuri

Sejak dari kecil, Ng memang gemar mencuri. Ia menjadi satu ketagihan kepadanya. Pada 2 Jun 1985, Ng ditangkap ketika sedang mencuri alat yang dipercayai  untuk digunakan semasa pembunuhannya yang seterusnya. Rakan jenayahnya yang cuba membantu Ng dari ditangkap, akhirnya ditahan polis juga apabila kad pengenalannya merupakan milik seorang lelaki yang telah hilang seminggu. Lake di bawa ke balai polis, tetapi mati selepas beberapa hari dalam tahanan, dipercayai telah menelan pil cyanide.

Semasa dibicarakan, Ng mengaku tidak bersalah di atas pembunuhan yang dijumpai di kabin milik rakan jenayahnya. Dia mengatakan segala jenayah bunuh itu adalah daripada Lake, dan bukan darinya. Tetapi bukti terhadap video rakamannya menjadi bukti yang kukuh untuk menjatuhkan hukuman ke atas Ng.

Pada 11 Februari 1999, mahkamah mendapati Ng bersalah atas 11 pembunuhan. Dia dikenakan hukum mati dengan lethal injection. Namun, tidak ada hukuman mati yang dilaksanakan di California. Oleh itu, Charles Ng masih menunggu hukuman mati dijalankan sehingga ke hari ini di penjara San Quentin, di mana dia kemungkinan akan mati kerana tua.

Baca juga: Charles Bronson – Kisah Banduan Paling Ditakuti Dalam Penjara

Sumber daripada: All That’s Interesting

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

#KerajaanGagal Trending Di Twitter Kini Cecah Lebih 150 Ribu Ciapan

Hashtag Kerajaan Gagal dapat dilihat trending di Twitter sejak semalam. Namun, penggunaan hashtag tersebut sebenarnya telah dilihat berlegar-legar di media sosial sebelum itu lagi. Kini, tepat jam 8.30 pagi, pada tanggal 17 April, jumlah ciapan bersama hashtag tersebut dilihat mencecah naik sehingga angka 150 ribu dan meletakkannya sebagai hashtag nombor satu di Malaysia yang paling banyak digunakan oleh pengguna Twitter.

today18 April 2021