Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Rugi Tak Tengok Pelbagai Movie Korea Netflix Yang ‘Mind-Blowing’ Ni!

today5 December 2020

Background

Mungkin ada segelintir daripada kita masih lagi bekerja dari rumah dan sudah semestinya bila di rumah terdapat masa senggang yang banyak sehinggakan tidak tahu apa nak buat.

Tapi bila dah sibuk dengan kerja pasti ingin mengisi masa dengan aktiviti yang santai. Erti kata lain, me time dan sudah semestinya kebanyakan kita memilih untuk menonton Netflix.

Jadi, kami ingin senaraikan beberapa movie korea yang berunsurkan psikologi, jenayah dan mind-blowing. Senarai ini bukan pandangan dari penulis semata tapi dari warganet yang rata-rata menyarankan untuk anda menonton.

Jom lihat perkongsian senarai yang dibuat menerusi bebenang ciapan twitter.

  1. FORGOTTEN

Filem Forgotten antara filem yang mind-blowing dan thriller, Malah, plot twist dalam cerita ini akan membuat anda termenung seketika dan cuba hadam apa yang berlaku.

Segalanya bermula apabila dia terdesak untuk dapatkan duit demi nyawa abang kandungnya.

Image

2.   THE CALLS

Filem ini mengisarkan tentang pertemuan antara dua gadis melalui telefon. Namun, mereka berada di garisan masa yang berbeza tetapi dalam rumah yang sama. Mereka berdua sering berhubung selepas gadis di masa lampau mengubah hidup gadis di masa hadapan.

Namun, sesuatu berlaku apabila gadis di masa hadapan diancaman dalam satu kejadian pembunuhan.

Image

3. BLACK

Complicated! Tapi cukup segala rencah yang ada. Sedih, romantik, mind-blowing, plot twist dan thriller. Segalanya bermula apabila seorang gadis memiliki kelebihan untuk melihat bayang hitam orang yang sudah mati.

Dijadikan cerita apabila malaikat maut termasuk ke dalam badan yang sudah mati tapi gagal keluar semula sedangkan sebelum ini malaikat maut boleh keluar masuk mana-mana badan yang sudah tidak bernyawa.

Nak tahu apa kesudahannya, kena tonton okay?

Image

4. SIGNAL

Drama Signal ini mempunyai sebanyak 16 episod dan mengisarkan tentang kisah Park Hae Young masa kecil yang menjadi saksi kepada penculikan kawan sekelasnya. Namun terjadi satu perkara pelik apabila Park Hae Young terjumpa satu Walkie Talkie yang rosak dan tidak berfungsi lagi.

Tapi, apa yang mengejutkan apabila tiba-tiba Walkie Talkie yang rosak tu menyala dan kedengaran suara seseorang memberikan beberapa hint untuk Park hae Young menyelesaikan kes-kes jenayah.

Bertambah pelik lagi waktu atau zaman diorang berdua berkomunikasi adalah berbeza kerana Park Hae Young berada di zaman berbeza. Nak tahu apa kesudahannya, tonton okay?

Image

Kalau korang ada lagi cerita yang mendebarkan jantung, share la dengan kami ye! Selamat menonton.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Leka Tonton Netflix Sehingga Menyebabkan Kematian Anak Yang Ditinggalkan Dalam Kereta

“Style Teruk!” – Majalah Sekolah Ala-Ala Netflix Remaja Ini Pancing Minat Netizen. Kreatif!

 

 

 

 

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Dipaksa noda

Petaling Jaya: Bukan sahaja hubungan intim mereka dirakam malah teman lelakinya turut mengugut akan menyebarkan video itu kepada keluarga mangsa. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today5 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *