Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Sajat Tidak Melakukan Sebarang Jenayah” – Warganet Mahu Pihak Berkuasa Tumpu Isu Lebih Penting

today2 April 2021

Background

Kehilangan usahawan kosmetik, Muhammad Sajat Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat selama lebih sebulan betul-betul menjadi tanda tanya bagi semua pihak. Difahamkan sebelum ini, usahawan itu tidak dapat dikesan selepas waran tangkap dikeluarkan apabila gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada 23 Februari lalu. 

Pelbagai andaian dibuat antaranya,Nur Sajat mungkin melarikan diri ke luar negara. Namun, mustahil untuk merentas negara ataupun negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih sedang dijalankan. Ke mana Sajat pergi?

Difahamkan, pihak berkuasa masih belum putus-putus mencari keberadaan Nur Sajat. Malah, gambar usahawan kosmetik kontroversi tersebut diedarkan di sepanjang pos kawalan keselamatan supaya tiada peluang meloloskan diri ke negara jiran terdekat melalui penyamaran. 

Tindakan ini dikatakan agak keterlaluan bagi ramai. Wargamaya mempersoalkan mengapa Nur Sajat diburu sehingga begitu, sedangkan dia tidak melakukan sebarang jenayah berat seperti membunuh atupun menerima rasuah. 

Walaupun Sajat sering mendapat kecaman di alam maya, rata-rata warga di Twitter baru-baru ini melafazkan rasa rindu kepada usahawan itu yang selalu menghiburkan orang ramai dengan telatahnya. 

Melihat kepada carian di Twitter, warganet mendoakan supaya Sajat kekal gembira di mana jua dia berada. 

Penulis: Lily

Baca juga:

“Bila Masa Saya Menyorok?” – Sajat Akhirnya Beri Respon, Nafi Murtad

Neelofa Terima Anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith, Netizen Merasakan Ada Yang Lebih Layak

Written by: Ainaa


Previous post

Syahrian Abimanyu

Sukan

Craig Deans Mahu Meletakkan Syahrian Abimanyu Di Bangku Simpanan

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Ketua jurulatih Newcastle Jets, Craig Deans merancang untuk meletakkan pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT), Syahrian Abimanyu di bangku simpanan pada perlawanan A-League menentang Western United pada Isnin. Syahrian giat menjalani latihan setelah sebelumnya diarahkan untuk meningkatkan tahap kecergasa setelah lama tidak beraksi ekoran saingan Liga 1 Indonesia yang dihentikan ekoran penularan... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today2 April 2021