Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Wajah Asia Bersinar Di Oscars, Nomadland Arahan Wanita Berketurunan Cina Menang Filem Terbaik

today26 April 2021

Background

Siapa tak pernah dengar Oscars iaitu ‘Academy Awards’ berprestij yang memberi penghargaan buat pemain industri perfileman antarabangsa? Kalau anda adalah peminat filem anda pasti tahu mengenai anugerah ini. Apa yang membuatkan anugerah ini berprestij adalah cara penilaian mereka dan pengaruh Oscars yang bukan sahaja tertumpu di Hollywood tetapi di serata dunia. Bukan calang-calang filem boleh dicalonkan dan dinobatkan di Oscars. Oleh itu, ia menjadi impian buat semua penggiat di dalam industri perfileman untuk meletakkan angan dan mimpi bagi menggapai sesuatu di Oscars.

Oscars 2021, melakarkan sejarah apabila wajah-wajah Asia dapat dilihat bersinar di pentas tersebut. Banyak anugerah yang menobatkan filem dari Asia sebagai pemenang utama tahun ini. Antara yang disebut-sebutkan adalah filem ‘Nomadland’  yang merangkul anugerah Filem Terbaik di Oscars.

Baca juga: Iman Troye Dikecam Peminat K-pop, Mungkin Bakal Jadi Janna Nick 2.0?

Apa yang membanggakan adalah filem ini diarahkan oleh seorang pengarah wanita yang berasal dari Beijing China iaitu, Chloe Zhao. Dia juga dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik melalui karya filem ini. Hal ini pertama kali terjadi dalam sejarah sepanjang penganjuran ‘Academy Awards’ ini berlangsung.

Ini adalah antara baris yang diucapkan Zhao buat semua yang menjadikan mimpi ini realiti terutama buat komuniti dan manusia di tepi jalan yang banyak mengajar mereka erti kehidupan – “Thank you for teaching us the power of resilience and hope, and for reminding us what true kindness looks like” 

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa lagi anugerah yang dibawa balik Nomadland. Filem ini dikatakan ‘menang besar’ dengan merangkul 6 anugerah secara keseluruhan. Antara anugerah lain yang diterima melalui filem Nomadland adalah Pelakon Wanita Terbaik yang dibawa oleh pelakon hebat  Frances McDormand.  Setelah itu, tiga trofi lain yang dirangkul ialah Sinematografi Terbaik, Suntingan Filem Terbaik dan Lakon Layar Terbaik. Kemenangan ini menjadikan Nomadland sebagai pemenang terbesar di acara tersebut.

Filem itu menewaskan tujuh karya hebat lain iaitu The Father, Judas and the Black Messiah, Mank, Minari, Promising Young Woman, Sound of Metal, dan The Trial of the Chicago 7.

Antara wajah Asia lain yang bersinar pada malam itu termasuklah Youn Yuh-Jung, aktres Korea Selatan yang membawa pulang anugerah Pelakon Pembantu Wanita terbaik menerusi filem Minari. Memenangi anugerah Oscars pada usia 73 tahun adalah sesuatu yang menjadi inspirasi buat semua. Tambah lagi, Youn Yuh-Jung merupakan aktres Korea Selatan pertama yang berjaya membawa pulang anugerah berprestij itu.

Pencapaian ini sangatlah membanggakan terutama buat warga Asia yang sering dilihat ‘kebelakang’ dalam mencapai sesuatu.  Sebelum ini anugerah berprestij di peringkat antarangbangsa rata-rata digarap oleh warga ‘berkulit putih’ namun kini kita dapat lihat bahawa industri perfileman dunia telahpun berkembang dan memberi peluang kepada banyak wajah baharu di pentas antarabangsa.

Semoga penganugerahan ini menjadi inspirasi buat lebih ramai orang di luar sana terutama penggiat industri seni untuk percaya kepada mimpi. Kembangkan kretiviti, tingkatkan kualiti.

Baca juga: “Aku Tidaklah Sederhaka Itu” – Mengaku ‘Berat’ Bawa Watak Anak Derhaka, PU Azman Dipuji Power Dalam Lakonan

Sumber: Twitter

Written by: Danisyah Dalily


Previous post