Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Seronok Berswafoto Sehingga Membawa Maut!

today26 December 2020

Background

Semenjak kemunculan media sosial, trend swafoto boleh dikatakan menjadi amalan biasa bila ambil gambar. Kalau tak selfie, kita wefie dengan kawan-kawan kita. Dalam kalangan kawan-kawan kita pula, mesti akan ada salah sorang yang gila selfie dan kerap upload gambar selfie dia di laman sosial. Sebenarnya ada kes di mana orang berswafoto sampai meragut nyawa dia. Gila sangat selfie kot sampai menemui ajal. Mengikut laporan, seramai 259 orang mati antara tahun 2011 sehigga 2017 kerana selfie. Bukan satu kematian yang kita mahukan tapi itulah kes yang pernah berlaku.

Kemunculan Swafoto

Swafoto merupakan perbuatan dimana kita mengambil gambar kita sendiri menggunakan kamera. Swafoto yang sebelum ini dikenali sebagai self-potrait telah wujud sebelum kewujudan Facebook lagi. Seorang jurugambar Amerika bernama Robert Cornelius dikatakan menjadi manusia yang pertama mengambil gambarnya sendiri pada tahun 1839. Pada tahun 1914 pula, seorang remaja Rusia telah mengambil gambarnya melalui pembiasan cermin menggunakan kamera Kodak Brownie dan mengirimkan gambar tersebut kepada rakannya. Ia menjadikan dia remaja pertama di dunia yang mengambil gambar selfie.

Image via:https://sourcedigit.com/

Jadi sebenarnya selfie ni bukanlah perkara baharu. Ia dah dilakukan sejak tahun 1839 lagi, dan sehingga kini menjadi trend paling popular di seluruh dunia.

Selfie Yang Mengundang Maut

Dari 259 kes kematian, laporan menunjukkan penyebab utama orang mati selepas selfie adalah kerana lemas, diikuti dengan insiden yang melibatkan kenderaan seperti mengambil selfie di landasan kereta api, dan juga jatuh dari tempat yang tinggi. Punca berkaitan kematian akibat selfie yang lain termasuk disebabkan serangan haiwan, senjata api dan juga renjatan elektrik.

Menurut laporan, kematian akibat swafoto banyak berlaku di India, Amerika Syarikat dan juga Rusia. Mungkin masyarakat di sana sukakan cabaran dalam berswafoto tanpa memikirkan akibat yang bakal berlaku. Sememangnya mengambil swafoto secara zahirnya tidak mendatangkan bahaya pada diri, tetapi apabila segelintir individu yang mahukan ‘the perfect shot,’ mereka sanggup meletakkan diri dalam keadaan bahaya semata-mata untuk gambar tersebut. Tambahan lagi, kebanyakkan mangsa merupakan golongan muda berumur antara 10 hingga 30 tahun.

Image via:https://www.nydailynews.com/

Terdapat satu kes pada 5 September 2018, dimana seorang remaja berumur 18 tahun mati terjatuh dari tebing dengan ketinggian 820 kaki di Taman Negara Yosemite. Ibu kepada remaja tersebut mengatakan bahawa anaknya itu sedang asyik mengambil gambar selfie di pinggir air terjun Nevada, iaitu sebuah air terjun yang terkenal di taman negara tersebut, dan kemudian tergelincir jatuh.

Dua minggu kemudian dilaporkan satu kematian yang sama menimpa seorang wanita berumur 32 semasa mendaki Pictured Rocks National Lakeshore di Michigan. Wanita tersebut tergelincir jatuh dari tebing berketinggian 200 kaki ketika mengambil gambar swafoto.

Image via:https://edition.cnn.com/

Pada tahun 2015, kerajaan Rusia melancarkan kempen ‘safe selfie’ untuk membawa kesedaran terhadap budaya mengambil swafoto secara merbahaya. Kempen tersebut membawa slogan ‘walaupun berjuta orang menyukai gambar kita, ia tetap tidak berbaloi kepada nyawa dan keselamatan anda’. Antara langkah keselamatan yang diambil oleh pihak berkuasa di Rusia selepas insiden mati akibat selfie adalah mewujudkan zon larangan selfie di tempat yang berisiko.

Baca juga artikel menarik lain:

Digelar ‘Pembunuh Twitter’ Jepun, Takahiro Shiraishi Dijatuhkan Hukuman Mati

Penemuan Mengejutkan Menara Aztec Dibina Menggunakan Tengkorak Manusia!

Written by: Hamka Rosli


Previous post

131537180_4833759330027869_2719508583529944967_o

Sukan

TRW Kelantan FC ‘Reset’ Pasukan Untuk 2021, Guna 90% Pemain Skuad Piala Belia Dan Piala Presiden

Berdasarkan kemaskini terbaharu skuad Kelantan FC semalam, skuad itu nampaknya sudah jelas dengan perancangan mereka untuk menggunakan 90% pemain-pemain dari skuad Piala Belia dan Piala Presiden bagi aksi Liga Premier 2021. Ketika sesi pemilihan yang diadakan semalam, pemilihan pemain-pemain telah dibuat oleh Pengarah Teknikal En Abdul nasir M. Yusof dan dipantau sendiri oleh pemilik kelab En. Norizam Tukiman. Menurut kemaskini dilaman sosial Facebook rasmi pasukan, semua pemain yang... Klik untuk […]

today26 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *