Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Shahrulezad Tampil Pertahankan Sharifah Rose, Imbau Kembali Pengalaman Perjalanan Artis-Artis Hebat

today18 May 2021

Background

Sebelum ini penerbit, Haji Md Fadzil Teh atau lebih dikenali sebagai Hj Zil mempertahankan Sharifah Rose apabila instafamous dan pelakon baru berkenaan dikecam hebat oleh wargamaya di laman sosial. Sharifah Rose diberi peluang untuk memegang watak utama dalam drama “Kekasih Hati Mr Bodyguard” yang baru sahaja ditayangkan pada 15 Mei yang lalu di kaca televisyen.

Sebenarnya, memang ramai yang menunggu-nunggu hasil lakonan Rose kerana sebelum ini kecoh apabila artis-artis lama tidak bersetuju dengan pemilihan instafamous sebagai pelakon kerana kata mereka instafamous ini hanya cantik dan mempunyai ramai followers tetapi kayu di dalam lakonan.

Baca juga: Izara Aishah Tempelak Instafamous Jadi Pelakon, Perjelas Ciapan Tiada Kaitan Dengan Sharifah Rose

Kini, baru sahaja episod pertama ditayangkan tetapi Rose kembali mendapat kritikan dari wargamaya. Rata-rata menyatakan bahawa lakonannya memang ‘kayu’. Ada juga yang melemparkan kata-kata yang agak keterlaluan.

Terbaru, seorang pengarah hebat, Shahrulezad turut dilihat memberikan pendapatnya tentang lakonan Rose di laman Instagram miliknya. Kata Shahrulezad, dia melihat potensi di dalam diri Rose di mana Rose boleh pergi lebih jauh jika dia bersungguh-sungguh. “Kadang kadang artis yg kita kata kayu ni lah suatu hari nanti akan menjadi artis yang hebat” ujar Shahrulezad.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

Dia kemudian mengimbau semula kenangan perjalanan beberapa artis yang kini boleh dikatakan hebat dan profesional seperti Fattah Amin dan Elvina Mohamad. Kata Shahrulezad, sebagai pengarah dia pernah ‘reject‘ Fattah Amin ketika pelakon tampan ini datang ujibakat di Radiusone suatu ketika dahulu. Jika anda ingat Fattah Amin dahulu juga pernah dikecam teruk oleh rakyat Malaysia kerana lakonannya yang dikatakan “sangat kayu”. Kini, Shahrulezad sendiri berkata bahawa Fattah Amin semakin bagus dari segi kemahiran lakonan. “He did proves me wrong “ , itulah yang dikatakan pengarah drama fenomena Nur ini.

Selain Fattah Amin, Elvina Mohamad juga ada kisahnya yang tersendiri. Kata Shahrulezad, dia juga pernah ‘reject‘ Elvina semasa ujibakat kerana Elvina terlalu gemuruh sehingga ingin lari dari ujibakat tersebut. Dalam masa beberapa tahun, Elvina kini berjaya menempah namanya di industri dan banyak tawaran lakonan diberikan kepadanya. “She really nailed it. Dari budak baru yang forever gelabah depan aku ni tetiba bertukar menjadi pelakon yg cantik, professional serta skilled full” , kata Shahrulezad dengan nada bangga.

Sharulezad mengaku bahawa Sharifah Rose juga adalah salah seorang pelakon baru yang pernah ditolaknya semasa ujibakat lakonan. Namun, dia percaya bahawa Sharifah Rose mampu pergi lebih jauh jika dia berusaha. “I hope she will proves me wrong too asalkan dia ikhlas dengan minat dia dan jauhi kontroversi yg merepek-repek” , itulah antara pesan Shahrulezad kepada Rose.

Di akhir katanya, Sharulezad turut berpesan kepada pelakon-pelakon yang pernah ditolak semasa ujibakat lakonan untuk tidak berputus asa. Tambahnya, mereka ini tidaklah seteruk mana cuma ketika itu bukan rezeki mereka. Menerusi tinjauan balas, ramai artis yang meninggalkan komen, rata-rata mengimbau kembali kenangan mereka pertama kali menjejakkan kaki ke industri seni. Boleh dikatakan pengalaman mereka juga sama. Semuanya bermula dari bawah. Ianya benar-benar ibarat membuka mata ramai.

Perkara ini bukan sahaja berkaitan dengan dunia lakonan tetapi boleh dikaitkan dengan kehidupan juga. Manusia tidak lahir terus hebat. Manusia perlu sentiasa belajar dan jika dia bersungguh-sungguh dan kuat semangat, dia pasti akan berjaya juga. Apa pun, kita doakan yang terbaik buat Sharifah Rose dalam kerjaya barunya di industri seni.

 

Baca juga: “Sangat Membuka Mata Dan Menginsafkan” – Liputan Khas Covid-19 Majalah 3 Membuat Orang Ramai Menangis

Sumber: Shahrulezad

Written by: Danisyah Dalily


Previous post