Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Stop Cyber Bully..” Haqiem Rusli Minta Warganet Hentikan Buli Siber Untuk Nabila Razali?

today15 March 2021

Background

Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 35 baru sahaja melabuhkan tirainya semalam. Tahniah buat pemenang iaitu Lagu Gila dendangan Kaka Azraff, Loca B dan Noki. Ia merupakan satu pilihan yang sangat menarik dan lain daripada yang lain. Namun, bukan sahaja lagu tersebut mendapat perhatian warganet. Lagu Nabila Razali, Peluang Kedua turut menerima perhatian lebih dekat daripada warganet.

Sebelum ini ramai warganet menanti siapakah gerangannya yang akan mendedangkan lagu Peluang Kedua memandangkan ketika separuh akhir ia dinyanyikan oleh Hael dan Nabila juga dikatakan tidak sihat. Semalam, Nabila Razali kembali ke pentas dan menjayakan lagunya itu dengan begitu tersentuh sekali. Walaupun persembahan dan nyanyiannya sebelum ini dikritik namun pada malam AJL35 Nabila tetap berdiri dengan yakin dan berani!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Second Chance ??? (@nabila.razali)

Menerusi perkongsian terbaru Nabila di Instagram, dia meluahkan rasa maaf dan menyatakan dirinya sudah memberikan yang terbaik untuk persembahan malam itu. Di ruangan komen pula penuh dengan kata-kata semangat daripada peminatnya serta rakan artis dan menyatakan ia adalah satu persembahan yang berani dan Nabila sepatutnya bangga dengan dirinya yang telah cuba yang terbaik.

Namun, lain pula yang terjadi di media sosial kerana persembahan Nabila pada malam ini telah menerima komen yang berbau negatif dan situasi itu dilihat seperti Nabila telah di buli secara siber oleh warganet yang tidak bertanggungjawab. Pada masa yang sama, seorang penyanyi hebat, Haqiem Rusli yang juga pernah memenangi tempat ketiga untuk AJL ke 32 lalu membuat satu ciapan berbunyi ‘Stop Cyber Bully’ iaitu hentikan buli siber di akuan Twitter miliknya.

Walaupun Haqiem tidak meletakkan nama sesiapa pun di ciapannya itu namun ramai warganet berpendapat ia ditujukan kepada situasi yang sedang berlaku kepada Nabila Razali. Sebelum ini juga, Haqiem pernah menerima satu tamparan hebat daripada warganet yang suka memberi komen yang negetif kepadanya. Haqiem akui ia adalah satu situasi yang berat dan amat sukar untuk lalui seorang diri kerana ia memberi kesan kepada mental secara mendalam.

Oleh itu, Haqiem berharap semua pengguna media sosial menjadi lebih bijak dan bersama menggunakan kemudahan yang telah disediakan dan hanya berkongsi perkara yang baik sahaja. Menerusi ciapan itu juga, ramai yang menyokong pendapat Haqiem dah berharap Nabila terus kuat dan tabah. Apa pun, betul kata Haqiem.. jom hentikan buli siber!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Akan Perbaiki, Sentiasa Ada Peningkatan,” – Ulasan Nabila Razali

Nabila Razali Mohon Maaf ‘Terkucil’ Semasa Persembahan AJL35, Rakan Artis Dan Netizen Tetap Beri Kata Semangat

 

Sumber: Instagram Nabila Razali & Twitter Haqiem Rusli

Written by: Adinna


Previous post

Gaya Hidup

Hasilkan Kek Tepak Sirih Sendiri Untuk Kek Hantaran

Kebanyakan pasangan pengantin kini menempah kek hantaran untuk menjimatkan masa dan memudahkan urusan majlis pernikahan. Perkara ini telah menjadi norma baru dalam masyarakat sekarang. Namun begitu, lelaki ini mencabar dirinya sendiri dengan mengambil inisiatif untuk membuat kek hantaran. Menerusi perkongsian Muhammad Amin di laman Facebook, dia telah memuat naik beberapa gambar kek tepak sirih yang dibuatnya sendiri. Selain memuat naik gambar, pemuda ini juga memohon doa kepada... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today15 March 2021