Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Sudah 2 Minggu Miley Cyrus Bebas Alkohol

today25 November 2020

Background

Siapa tak kenal dengan pelakon Hollywood, Miley Cyrus yang pernah menjadi bintang kanak-kanak Disney  sedekad yang lalu sampaikan ramai remaja perempuan menginginkan kehidupan sepertinya.

Walaupun dia antara barisan artis Hollywood, dia juga tidak terkecuali dalam mengharungi musim pandemik COVID-19 ini.

Menurutnya dalam salah satu episod dalam program Apple Music’s New Music Daily, dia mengakui kehidupannya ada naik dan turun sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini.

“Sama seperti orang lain, kehidupan saya ketika krisis pandemik ini ada naik dan turunnya. Saya pernah ‘bersih’, kemudian kembali lagi mengambil alkohol, jatuh semula dan sekarang saya tidak lagi mengambil alkohol sejak dua minggu lalu,” katanya.

Malah, tidak mahu terlalu banyak memikirkan mengenai jangka masa bebas alkohol, Miley turut memberi lebih tumpuan kepada proses untuk memperbaiki dirinya.

“Satu perkara yang saya pegang adalah, jangan cepat marah, tapi wujudkan rasa ingin tahu. Dalam kata lain, jangan salahkan diri sendiri, tapi tanya diri sendiri apa yang berlaku,” katanya.

Apa pun, semoga Miley teruskan dengan usaha bebas alkohol untuk kesihatan jangka masa panjang.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Reaksi Muka Kucing Ini Bila Kena Bebel Dengan ‘Ayah’ Curi Perhatian Netizen

Bayi Ini Ditinggalkan Kerana Dilahirkan Tanpa Bebola Mata

Sumber: harianmetro

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

Netizen Berbalah Gara-Gara Dua Lelaki Ini Tular Tembak Anjing Depan Rumah

Susulan tularnya video-video tersebut yang mendapat perhatian serta mencetuskan perbalahan pendapat dalam kalangan netizen, ramai yang tidak setuju dengan tindakan dua lelaki itu menembak anjing kerana mereka hanyalah haiwan dan tidak mampu berfikir seperti manusia.Ada juga yang berkata anjing liar di kawasan kampung mereka selalu memakan haiwan ternakan seperti kucing, arnab dan kambing. Mereka faham akan situasi yang dihadapi dua lelaki itu sehingga mereka bertindak menembak... Klik untuk baca artikel […]

today25 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *