Mungkin ramai yang tak tahu tentang sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser (MRKH) yang mana ia merupakan keadaan yang berlaku pada wanita. Sindrom yang jarang terjadi ini ditemui pada wanita yang memiliki kelainan bawaan lahir yang membuatnya tidak punya rahim (uterus) seperti wanita lainnya. Jadi secara ringkasnya, mereka yang mempunyai sindrom MRKH akan lahir tanpa rahim.
Itulah mesej yang ingin dibawa oleh sebuah drama terbaharu di TV3 yang berjudul ‘Rahimah Tanpa Rahim.’ Bagaimanapun, tajuk tersebut dijadikan bahan gurauan oleh segelintir pengguna media sosial. Barangkali tidak tahu tentang kondisi kesihatan yang wujud itu.
A drama about a woman born without a womb or uterus. Title is as self descriptive as it can be. ?♂️ pic.twitter.com/lIJiiNeIJL
— jimiecheng (@jimiecheng) January 17, 2021
Melalui penjelasan di laman Hello Doktor, sindrom ini terjadi pada sistem reproduksi seorang wanita. Keadaan ini menyebabkan faraj, leher rahim (serviks), dan rahim tidak berkembang dengan normal, bahkan ada yang tidak mempunyai rahim langsung walaupun alat kelamin dari luarnya nampak normal. Jadi, wanita yang mengalami sindrom MRKH ini biasanya tidak akan mengalami haid kerana tidak memiliki rahim.
Sindrom MRKH Sukar Dikesan Awal
Tambahan lagi, satu dari 5,000 wanita mampu mengalami sindrom MRKH. Jadi ia dikategorikan sebagai sindrom yang jarang berlaku. Namun menurut doktor, sindrom ini hanya dapat dikesan ketika wanita itu berusia 15 atau 16 tahun. Dalam usia itu, remaja wanita tersebut tentu tertanya-tanya kenapa masih belum mengalami menstruasi yang pertama.
Thank you! If anybody wants to know about #MRKHsyndrome and our support group #MRKHMalaysia, we’re on Facebook and Instagram. Just search for MRKH Malaysia. Dulu nisbah kes MRKH sedunia cuma 1 dalam 5,000. Sekarang 1 dalam 4,000. An MRKH girl could be around you, hiding & scared. https://t.co/F0rw9kcZ7X
— واني اردي (@waniardy) January 18, 2021
Sepanjang tempoh membesar pula, tidak ada tanda-tanda lain yang dapat dilihat. Tiada rasa sakit mahupun pendarahan yang berlaku untuk memberitahu seseorang itu menghidapi sindrom MRKH. Namun, keadaan fizikal seperti payudara, rambut dan kemaluan tetap tumbuh seperti remaja lain. Jadi, mungkin sebab itu agak sukar untuk mengesan sindrom ini semasa usia kecil.
The number of people making fun of the latest TV3 drama Rahimah Tanpa Rahim……guess yall didn’t know there are females out there were born without womb ?
— yunk mulia monalis ? (@monalis__) January 18, 2021
Drama Yang Membuka Mata Tentang Kewujudan Sindrom MRKH
Drama Rahimah Tanpa Rahim merupakan drama terbaru terbitan TV3 menerusi slot Akasia dan bakal bersiaran bermula 22 Januari ini. Jangan lupa saksikan drama yang dibintangi pelakon cantik, Puteri Aishah bersama-sama pelakon kacak Azlee Khairi setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam.
Baca juga artikel menarik lain:
Intipati Dan Senarai Pakej Bantuan PERMAI Yang Diumumkan Perdana Menteri
“Sedap Sangat Makanan Sampai Menangis Baca Doa” – Ramai Puji Bacaan Doa Aqeef Lancar
Post comments (0)