Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Tak Mampu Angkat Senjata Bersama Palestine, Faizal Tahir Tampil Membuat Showcase Bersama Mirwana

today19 May 2021

Background

Pada April lepas, penyanyi dan komposer, Faizal Tahir menyuarakan hasrat untuk berehat panjang dari industri hiburan kerana sudah terlalu lama bekerja dan kini dia ingin meluangkan masa bersama keluarga anak-anaknya. Faizal Tahir juga ada berkata bahawa dia tidak mahu mencipta lagu buat dirinya sendiri buat sementara waktu kerana terdapat banyak projek lain yang diusahakannya. Dia pernah berkata bahawa dia hanya mahu fokus menjadi penerbit untuk artis lain selepas ini.

Baca juga: Jovian Mandagie Raih Lebih RM200k Hasil Jualan Topeng Muka Derma Ke Palestine

Namun, kemelut kemanusiaan yang melanda Palestine tidak dapat dihiraukan, lagi-lagi buat Faizal Tahir yang aktif melaksanakan misi kemanusiaan membabitkan rakyat Palestin yang lantang mengutuk serangan udara rejim Zionis di bumi Gaza. Selebriti hebat ini juga pernah dilantik oleh TV3 sebagai Duta Bebaskan Bumi Palestin yang membawanya menjelajah Jaluran Gaza pada pertengahan 2010.

Faizal yang mempunyai hati yang sangat dekat dengan Palestine mengaku tidak sanggup melihat keadaan di bumi Palestine pada ketika ini. Oleh itu, dia berfikir panjang untuk melakukan sesuatu bagi membantu rakyat di sana. Faizal mengambil keputusan untuk memotong tempoh cuti yang dirancangnya sebelum ini dengan membuat sebuah “showcase” bersama kumpulan Mirwana.

Kata Faizal, dia tidak boleh mengangkat senjata untuk membantu mereka malah nak berlawan di alam siber pun dia tidak pandai. Oleh itu, dia memilih untuk membuat musik dan mengumpul dana sesuai dengan kelebihannya.

“Saya tak boleh nak angkat senjata membantu mereka. Nak lawan di alam siber pun tak pandai. Jadi, saya buat apa yang saya pandai buat. Takde la pandai sangat pun.”

Dalam perkongsian Faizal melalui akaun Instagram miliknya, dia memaklumkan bahawa sebuah showcase akan diadakan hasil gabungannya bersama kumpulan Mirwana. Tujuannya adalah untuk mengutip dana di mana ia akan disalurkan ke Palestine. Kata Faizal, ini adalah perkara yang perlu dia lakukan sebelum dia benar-benar boleh berehat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FT (@faizal_tahir)

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata wargamaya menyokong usaha murni Faizal dan kumpulan nasyid Mirwana yang prihatin terhadap krisis yang sedang menggegar dunia ini. Doa mereka agar usaha ini dipermudahkan dan bantuan ini segera sampai ke Palestine agar kesusahan yang sedang menimpa dapat diringankan.

Baca juga: Ben Ali Dan Nadiyah Shahab Menyalurkan RM40,000 Ke Palestin

Sumber: Faizal Tahir

Written by: Danisyah Dalily


Previous post