Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Tak Payah Gantung, Buang Je”- Gara-Gara Komen Kurang Sopan, Pemuda Ini Digantung Kerja Oleh Majikan

today15 February 2021

Background

Sebagai pekerja bagi sesebuah syarikat, kita sebenarnya bukan sekadar perlu menjaga tatasusila semasa bekerja, tetapi semasa di luar waktu kerja juga. Kelakuan kita di luar pejabat secara tak langsung akan mencerminkan imej syarikat. Kalau kita buat benda yang tidak baik, tentu orang di luar sana akan mengaitkan kelakuan kita dengan tempat kerja. Majikan juga tentu tidak mahu mempunyai pekerja yang dilihat kurang adab oleh orang luar. 

Itu apa yang berlaku kepada seorang pemuda selepas tindakannya mengeluarkan komen yang kurang sopan akhirnya membawa kepada pergantungan kerja. Semuanya bermula apabila pemuda tersebut memuat naik satu komen menyatakan jumlah minuman yang dipesannya tidak mencukupi apabila dihantar oleh seorang rider penghantar makanan. 

“Kenapa rider curi air? Pesan tiga tapi dapat dua je. Kalau nak aku belanja air, minta jelah bukan curi,” tulis pemuda tersebut pada hantaran pertama di Twitter yang secara tak langsung menaikkan kemarahan warganet terhadapnya.

Ramai pertikaikan tindakan yang kurang sopan dengan komen berkenaan, dan beranggapan tugas rider tersebut hanyalah menghantar pesanan yang dipesan. Dalam pada itu, sebuah syarikat pembekalan bateri kereta telah mengambil tindakan tegas dengan membuat pergantungan kerja terhadap lelaki itu. 

“Kami tidak bertolak ansur dengan sebarang perilaku tidak sopan sama ada di dalam atau di luar organisasi,” tulis syarikat terbabit di dalam surat yang dikeluarkan.

Sementara itu, pemuda tersebut yang dikenali sebagai Ezrin Nazran telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu video vlog di YouTube miliknya. Lelaki tersebut akui memang salah dirinya dan bukan salah rider jika pesanan yang sampai tu tak sama dengan apa yang kita pesan. Kes seperti ini sebenarnya boleh juga dijadikan sebagai peringatan untuk kita semua menjaga kelakuan tidak kira masa dan tempat.

 

Baca juga artikel menarik lain:

[VIDEO] “Patutlah Nampak Cun Je” – Usikan Suami Semasa Isteri Rakam Video Buat Netizen ‘Bersemut’

“Menagih Kerana Tekanan Hidup” – Pernah Tular Bawa Anak Selongkar Sampah, Kini Ditahan Positif Dadah

 

 

 

 

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *