Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Tak Rasa Penting Selagi Belum Kena Batang Hidung Sendiri..” – Azhan Rani Kesal Tiada Siapa Datang Derma Darah

today12 May 2021

Background

Bekalan darah di Pusat Darah Negara dan beberapa Tabung Darah Negeri terjejas dan dianggarkan bakal menyusut dengan ketara susulan wabak Covid-19. Banyak kempen-kempen darah terpaksa dibatalkan malah, orang ramai sendiri takut untuk datang menderma darah dalam musim kritikal ini walaupun warga kerja Pusat Darah Negara sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Pekerja kesihatan sudah mula gusar dengan kadar penurunan bekalan darah yang semakin hari semakin susut. Mereka merayu agar rakyat Malaysia datang mendermakan darah buat mereka yang memerlukan.

Baca juga: [VIDEO] Petugas Kesihatan Kongsi Video Tak Dapat Cuti Raya, Netizen Ucap Terima Kasih Atas Pengorbanan

 

Baru-baru ini, Pusat Darah Negara ada menguar-uarkan agar orang ramai datang menderma darah di Aeon Metroprima, Kepong. Namun, sambutannya begitu menyedihkan. Sehingga jam 1 petang hanya seorang sahaja yang datang menderma. Mereka sehinggakan terpaksa merayu di laman sosial buat mereka yang prihatin untuk hadir memberikan bantuan.

Azhan Rani ada berkongsikan posting Pusat Darah Negara tersebut di laman Instagram miliknya. Kata Azhan dia terpaksa menarik nafas panjang membaca komen-komen yang ditinggalkan di posting berkenaan. Menurutnya, “tak susah nak kumpul tukang komen dari kumpul penderma darah..”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

 

Azhan kesal dengan segelintir rakyat Malaysia yang suka memberikan bermacam-macam jenis alasan sedangkan sudah dinyatakan bahawa tiada halangan untuk penderma darah untuk pergi menderma darah dalam musim PKP. Segala informasi boleh didapati di hujung jari, semuanya ada sahaja di laman web serta media sosial rasmi seperti Facebook dan Instagram. Cuma mahu atau tidak sahaja.

Menurut pelakon hebat ini, jika tidak berminat tidak mengapa tetapi tidak perlulah meninggalkan komen yang bukan-bukan. Hanya kerana mereka masih sihat dan tidak pernah merasa mengharap bantuan darah dari orang ramai, tidak bermakna mereka boleh cakna dengan perkara ini.

“Lumrah manusia tak akan rasa perkara tu penting selagi belum kena batang hidung sendiri”, itulah yang dikatakan Azhan Rani.

Tambah Azhan Rani, jika tidak boleh menderma darah rakyat boleh membantu menyebarkan kesedaran dan mengajak orang lain yang layak untuk datang menderma bukannya hanya tahu meninggalkan komen yang tidak meninggalkan faedah,

Dalam postingnya yang terbaru, Azhan Rani dilihat sudahpun menderma darah dan menyampaikan mesej melalui kapsyennya bahawa ianya mudah dan prosesnya sekejap sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memberikan sokongan buat Azhan Rani dan berterima kasih kerana menggunakan platformnya sebagai seorang artis untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

Kita doakan agar Pusat Darah Negara dapat mengumpul bekalan darah yang mencukupi untuk menampung pesakit yang memerlukan bekalan darah secara konsisten. Jika anda sihat dan berminat untuk menderma darah, anda boleh lihat informasi dan kempen-kempen derma darah yang berdekatan dengan anda melalui laman web dan media sosial rasmi Pusat Darah Negara.

 

Baca juga: Penampilan Sofea Jane Di Dalam Iklan Raya Curi Tumpuan Ramai

Sumber: Azhan Rani

Written by: Danisyah Dalily


Previous post