Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Talented Macam Mummy Lah” – Anak Perempuan Dah Pandai OOTD, Hafiz Mahamad Minta Anak Lelaki Seorang

today18 June 2021

Background

Memang seronok kalau kita ada anak kecil di rumah. Apa sahaja aktiviti yang pernah kita lakukan dahulu, kita akan libatkan anak-anak kita pula sekarang. Selagi aktiviti tu masih bersesuaian dengan peringkat umur anak kita, apa salahnya. Itulah yang dilakukan oleh Syafiqah Aina, seorang influencer dan juga usahawan bersama anak perempuannya. 

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram miliknya, Syafiqah Aina atau mesra disapa Aina dilihat membuat video OOTD bersama anak perempuannya. Kalau dahulu mungkin dia sendirian sahaja buat video memperagakan fesyen pakaiannya, tapi bila anaknya sudah besar ni memang ikut sekalilah buat OOTD.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina)

Baca juga: “Ada Surat Kebenaran Tak Buat Content Macam Ni?” – Video Hafiz Mahamad Guna Anggota Dan Kereta Polis Dipersoal

“Ni yang Mummy nak bila dapat anak perempuan dulu, ada kawan untuk OOTD,” ujar Aina.

Menurut kapsyen yang ditulis Aina, dia tidak tahu dari mana anaknya itu pandai membuat posing sebab dia tidak mengajarkannya. Memang Aina pun tak sangka anaknya itu sudah pandai OOTD. 

Dalam pada itu, suaminya Hafiz Mahamad yang juga merupakan pengasas produk penjagaan wajah turut memberi komen. Nampaknya Hafiz pun dah minta untuk ada anak lelaki seorang untuk teman dia ambil gambar isterinya dan juga anak perempuannya. 

“Masaklah daddy. Kena ada anak lelaki sorang lagi, duduk teman daddy ambil gambar,” tulis Hafiz. 

Sementara itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata menyatakan anak sulung mereka Raisya Narisa kelihatan comel memperagakan pakaian bersama ibunya itu. Memang comel sungguh telatah Raisya. Mungkin Raisya sebenarnya meniru gaya ibunya yang juga pandai berfesyen dan OOTD. 

Baca juga: Kini Dikenali Sebagai Ai.Z, Imej Dan Lagu Baharu Aizat Amdan Bakal Bawa Diri Ke Hollywood!

Written by: Hamka Rosli


Previous post