Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Tasik Chini Terus ‘Dirobek’, Amerul Affendi Bersama Netizen Luah Rasa Kecewa Khazanah Negara Tak Dipelihara

today12 June 2021

Background

Khazanah negara sepatutnya kita pelihara untuk ia dinikmati oleh generasi akan datang. Khazanah negara juga berperanan sebagai identiti negara kita untuk warga dari negara luar. Kalau ia tidak dijaga dan dibiarkan hilang dari pandangan mata, maka tidak ada lagi identiti serta warisan negara yang diturunkan kepada kita dari nenek moyang kita. Bagaimanapun, rakyat biasa tidak punya kudrat untuk menghalang sekiranya warisan negara ‘dirobek’ pihak tertentu. 

Baru-baru ini tular satu berita mengenai keadaan terkini Tasik Chini yang dilihat semakin gondol akibat daripada pelaksanaan projek pembangunan di situ. Disebabkan hal itu, ramai yang tampil meluahkan rasa kecewa terhadap pihak berwajib kerana membiarkan khazanah negara dirobek. Dalam masa yang sama, pelakon Amerul Affendi turut meluahkan kekecewaannya terhadap keadaan semasa di Tasik Chini.

Baca juga: Belum 10 Bulan Dah Pandai Bertatih, Ramai Kagum Anak Fasha Sandha Cepat Belajar Berjalan

“Ye ini keadaan tasik chini sekarang. Tak apalah, kita ni tak layak nak menegur. Nak tegur baik-baik dan beradab pun tak guna juga,” luah Amerul.

Kekecewaan tersebut turut disambut oleh wargamaya yang lain, yang mana mereka turut mengecam tindakan pihak yang merobek Tasik Chini. Selain Amerul Affendi, penyanyi yang semakin mekar di pentas antarabangsa, Yuna turut memuat naik ciapan mengenai isu ini dengan meletakkan tanda pagar #SaveTasikChini.

Apa yang perlu kita tahu adalah, Tasik Chini adalah warisan negara yang dikelaskan sebagai Rizab Biosfera UNESCO. Selain itu, Tasik Chini merupakan tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia. Ia juga penting sebagai sumber air kepada 800 orang asli dari suku Jakun yang bergantung kepada tasik itu. 

Kepentingan Tasik Chini jelas diakui oleh masyarakat kita, namun demi memberi laluan kepada pembangunan, ia digadaikan. 

Baca juga: “Sabar Ye Cik Man” – Kisah Pertemuan Sementara Cik Man Dan Kucing Jalanan Buat Netizen Turut Sebak

Written by: Hamka Rosli


Previous post