Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“The Unproblematic Queen Is Cancel” – Tokti Dikecam Wargamaya Gara-Gara Majlis Tahnik

today3 May 2021

Background

Tokti atau Dato Siti Nurhaliza iaitu penyanyi nombor satu negara adalah artis yang paling disayangi oleh rakyat Malaysia. Perwatakannya yang lembut, sentiasa menyantuni orang lain dan merendah diri menjadikannya antara artis yang tidak banyak kontroversi sepanjang kariernya di dalam industri musik tanah air. Oleh kerana itulah dia juga mendapat gelaran ‘The Unproblematic Queen” kerana tidak banyak masalah yang dicetuskan sehingga membawa kepada cerita-cerita panas.

Namun, beberapa hari ini Siti Nurhaliza dilihat trending di Twitter apabila namanya disebut-sebut dan dikecam oleh wargamaya gara-gara majlis tahnik yang dilakukan buat bayi keduanya baru-baru ini. Selepas Neelofa yang hebat dikritik wargamaya kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kini Tokti menjadi sasaran wargamaya didakwa atas kesalahan yang sama.

Baca juga: “Kuatnya TokTi, Bukan Bersalin Caesar Ke” – Gelagat Dato’ Sri Siti Nurhaliza Sibuk Menguruskan Majlis Tahnik Dipuji Wargamaya

Semakin ramai yang mengamalkan budaya ‘cancel’ di Twitter di mana wargamaya seakan-akan memboikot sesetengah pihak dan tidak lagi memandang tinggi terhadap mereka. Malah, pendakwah selebriti iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut mendapat tempiasnya.

Rata-rata wargamaya tidak berpuas hati bagaimana UAI yang difahamkan tinggal di Terengganu boleh menghadiri majlis tahnik anak Tokti sedangkan larangan merentas negeri masih dikuatkuasakan. Malah, pengadaan majlis itu sendiri dikatakan seperti tidak sensitif kepada keadaan semasa di mana rakyat sedang berduka kerana sudah lama tidak dapat pulang ke kampung dan perbezaan layanan ‘golongon kayangan’ dan ‘golongan biasa’ masih sedang rancak dibahaskan.

Hal ini menjadi tular apabila sorang pengguna di Twitter berkongsikan satu posting di mana dia berkata bahawa ayahnya tidak diberi kebenaran untuk berjumpa cucu kandungnya sendiri yang baru dilahirkan. Dia kemudian membandingkan keadaan itu dengan majlis tahnik Tokti yang dihadiri ramai orang-orang terkenal.

Menerusi pemerhatian, nama Siti Nurhaliza masih trending nombor satu di Twitter dengan 11.5 ribu ciapan pada jam 6.50 pagi. Mungkinkah artis kesayangan ramai ini bakal hilang gelarannya sebagai ‘The Unproblematic Queen”? Apa pun, kita berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

Baca juga: Terus Cetus Kontroversi, Neelofa Rentas Negeri Lagi Ke Kedai Karpet?

Sumber: Twitter

Written by: Danisyah Dalily


Previous post