Setiap sektor terjejas dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan PKP. Begitu juga untuk artis dan rumah produksi untuk meneruskan aktiviti penggambaran di zon Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) setelah diberi kelonggaran oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Namun, ia bukanlah tiket untuk mereka bebas bergerak ke sana sini,
Umum tahu Alif Satar, selebriti merupakan seorang bekas pesakit Covid-19. Oleh itu, kini Alif amat menekankan bahawa pandemik ini bukanlah perkara yang boleh dibuat main dan mematuhi arahan serta SOP sangatlah penting. Menurut Alif, pandemik ini telah memberi kesan kepada setiap orang tidak kira siapa pun anda. Malahan, dengan jumlah peningkatan kes positif harian semakin meningkat mungkin kita sendiri akan terdedah jika leka dan ambil mudah.
View this post on Instagram
Tambah Alif, dia meminta semua orang dalam komuniti untuk mematuhi SOP ditetapkan kerana tidak semua daripada kita hidup dalam kapal mewah. Pengalamannya dijangkiti Covid-19 membuatkan Alif sedar bahawa semua pihak yang bergantung kepada sumber pendapatan, bimbang hilang pekerjaan andai situasi bertambah buruk.
“Ada yang sudah menaiki sampan, tiba-tiba bocor lalu dimasuki air. Saya doakan semua pihak yang menerima kesan penularan COVID-19 termasuk di enam negeri yang dikenakan PKP agar diberi kekuatan dan kesabaran,” kata Alif.
Alif menjelaskan setiap orang mempunyai cabaran dan dugaan sepanjang pandemik ini melanda negara dan menyatakan janganlah kita membandingkan situasi diri dan kawan yang lain.
“Hakikatnya, semua orang alami masalah sama tetapi situasi yang berbeza,” katanya.
Difahamkan, selepas selesai menjalani kuarantin dan berehat selema seminggu dirumah Alif sempat merakan single baharu namun perlu menangguhkan sementara niat untuk memulakan penggambaran video muzik berikutan PKP kini telah dilaksanakan.
Dalam perkembangan lain, Alif juga sempat menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pahang dan telah mengajak teman artis lain menghulurkan tangan.
Baca juga:
Bagusnya! Jiran Tertangga Bantu Keluarganya Di Rumah, Alif Satar Luah Rasa Terharu
“Bila Dah Lalui Saya Rasa Berat Nak Bagitahu…” – Pesanan Penting Dari Alif Satar
Sumber: BH
Post comments (0)