Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Tindakan Pemuda Ini Cat Sekali Peti Surat Jiran Terima Pujian Ramai, Tapi ada yang Tak Senang Hati…

today18 June 2021

Background

Tak kira di mana kita tinggal di Malaysia, hidup berjiran itu satu kemestian. Memang tak ada yang hidup tidak berjiran melainkan tinggal sendirian di tempat yang tak berpenghuni. Memang seronok kalau kita dapat jiran yang baik dan suka membantu kita. Untung badan kita. Kalau dapat jenis jiran yang tak bertanggungjawab tu memang boleh buat kita sakit hati. Hari-hari terasa hati dengan perangai jiran.

Bagaimanapun, tular di salah satu group di Facebook mengenai semangat kejiranan yang ditunjukkan oleh seorang pemuda ini. Kisahnya macam ni, pemuda yang dikenali sebagai Wan Mahassan membuat perkongsian di group Facebook gambar peti surat yang dicat olehnya. Bukan setakat peti surat miliknya, malah peti surat milik jiran tetangga yang lain juga.

Baca juga: Kini Dikenali Sebagai Ai.Z, Imej Dan Lagu Baharu Aizat Amdan Bakal Bawa Diri Ke Hollywood!

Menurut pemuda tersebut, sudah alang-alang dia mengecat peti surat miliknya, apa salahnya dia mengecat sekali peti surat milik jiran-jirannya yang lain. 

Dah alang-alang. Sekali harung. Sedap mata memandang. Kalau ada cat lebih, jangan simpan lama-lama nanti keras,” ujar pemuda tersebut.

Katanya lagi, bersedekah tidak semestinya dengan wang ringgit. Tindakan pemuda ini mendapat pujian orang ramai. Rata-rata memuji tindakannya itu bagi mencantikkan sekali peti surat jiran yang lain. Bagaimanapun, ada suara-suara yang kurang senang dengan apa yang dilakukan oleh pemuda tersebut.

Individu yang tidak senang melihat apa yang dilakukan pemuda itu mempersoalkan sama ada pemuda itu sudah mendapatkan izin tuan punya peti surat belum sebelum mengecat. Selain itu, ada juga yang menyatakan peti surat tersebut adalah milik pihak pengurusan, jadi perlu mendapatkan izin mereka dahulu sebelum mengecat.

Namun disebalik suara mereka yang tidak senang, Wan Mahassan menyatakan jiran-jirannya semua mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi mencantikkan sekali peti surat mereka. Mereka yang ‘berbunyi’ itu hanyalah orang yang tidak dikenalinya. Apa-apa pun, kita ambil positif perkongsian daripada pemuda tersebut dan terus mengangkat semangat kejiranan bersama-sama. 

Baca juga: Baru Belajar Main TikTok, Zizan Razak Nasihat Aliff Syukri Pakai Seluar Dalam Ketat Sikit

Sumber daripada: Facebook

Written by: Hamka Rosli