Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Tular Jalan Raya Di Kelantan Sesak, Dikatakan Ramai Cuba Pulang Ke Kampung Untuk Sambut Hari Raya

today10 May 2021

Background

Tahun ini masuk tahun kedua kita semua menyambut kedatangan Syawal tanpa keluarga di sisi kerana terpaksa akur dengan perintah kerajaan. Memang sedih dan pilu memikirkan mak dan ayah di kampung yang terpaksa beraya tanpa anak-anak. Mungkin bagi mereka yang duduk satu daerah dengan mak ayah tidak rasa kesedihan ini.

Memang tidak ada cara kali ini untuk pulang ke kampung apabila kerajaan mengumumkan larangan rentas negeri dan daerah bermula 10 Mei sehingga 6 Jun ini. Jadi ramailah terpaksa akur dengan arahan ini. Bagaimanapun, tular satu video yang memaparkan kesesakan lalu lintas di negeri Kelantan, atau lebih tepat di Kota Bharu. 

Baca juga: Ambil Video Di ICU Untuk Tunjuk Situasi Sebenar COVID-19, DG Hisham Ditegur Langgar Larangan Di Hospital

Kesesakan tersebut saling tak tumpah dengan keadaan sesak sewaktu orang ramai pulang ke kampung bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sekurang-kurangnya itulah apa yang ramai wargamaya percaya apabila melihat video tersebut dan beranggapan ramai orang Kelantan di negeri lain sudah balik ke kampung mereka di Kelantan. 

Tapi persoalannya betul ke video yang tular itu menunjukkan kesesakan orang ramai pulang ke kampung? Dalam pada itu, menerusi tinjauan lanjut mendapati terdapat satu komen yang menyatakan kesesakan itu berlaku akibat beberapa jalan telah pun ditutup. Jadi disebabkan tidak ada pilihan, maka satu jalan itu terpaksa digunakan oleh orang yang duduk dan kerja di Kota Bharu sehingga menyebabkan kesesakan. 

Walaupun begitu, nampaknya ramai yang seperti mempercayai kesesakan tersebut disebabkan orang ramai sudah mula pulang ke kampung untuk sambut hari raya. 

Jadi video yang tular itu hanya sekadar menimbulkan spekulasi tanpa penjelasan yang jelas. Apa-apa pun, kita tetap perlu menerima hakikat bahawa tahun ini merupakan kali kedua kita terpaksa beraya tanpa keluarga besar di sisi. Semoga sama-sama kita terus mematuhi arahan kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19. 

Baca juga: “Sama Seperti Waktu Saya Dahulu” – Ain Digelar ‘Anak Setan’, Kini Pandelela Rinong Tampil Beri Sokongan

Sumber daripada: Twitter

Written by: Hamka Rosli


Previous post