Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Umie Aida Bekerjasama Dalam Beri Kesedaran Keselamatan Anjing Liar

today1 December 2020

Background

Pelakon popular, Datin Seri Umie Aida pernah mendedahkan dirinya memiliki seekor anjing jalanan yang diberi nama Blacky.

Juga difahamkan, anjing itu menjadi penunggu setia di hadapan rumahnya kerana pelakon Dukun itu sering memberi makan dan minum kepada anjing tersebut.

Kini, menerusi laman Instagram, My Forever Doggo, Umie bekerjasama dalam memberi kesedaran dan menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa semua individu perlu menghormati makhluk ciptaan Tuhan termasuk haiwan.

Ini kerana, setiap agama mengajar manusia untuk mencintai semua hidupan tersebut. Di samping itu, pelakon tersebut turut berkongsi kisah di mana anjing liar kini menjadi sasaran dan mereka dicederakan setiap hari. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by My Forever Doggo (@myforeverdoggo)

Kami faham mungkin ada sebahagian pembaca merasakan Umie membuat satu kesalahan kerana membela  binatang haram dipegang.

Tapi, menurut kenyataan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat rukhsah bagi mereka yang membela atau memegang anjing yang didahulukan hajat dan keperluan selari dengan kehendak syara.

Misalnya, membela anjing dengan disertakan hajat dan tujuan iaitu sebagai haiwan pemburu atau pemandu jalan untuk orang buta dibenarkan.

Di samping itu, membela anjing bagi membantu tujuan keselamatan pihak berkuasa seperti Polis dan Kastam dan juga untuk mengawal keselamatan di sekitar rumah atau sebagai haiwan penjaga untuk menjaga haiwan ternakan turut dibenarkan.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Umie Aida Kongsi Kisah Anjing ‘Blacky’  Yang Dijaganya Sejak 2 Tahun Lalu. Respect!

Umie Aida Bela Anjing Jalanan Jadi Penjaga Rumah

 

 

 

 

Sumber: muftiwilayahpersekutuan , myforeverdoggo

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Sukan

Juve tak boleh ‘hidup’ tanpa Ronaldo

London: Bintang Juventus keliru dengan taktik Andrea Pirlo selepas pasukan itu bergelut meraih kemenangan tanpa superstar Cristiano Ronaldo, menurut laporan hari ini. Menurut akhbar Itali, Corriere, tempoh bulan madu legenda kelab, Pirlo sudah pun tamat dan pasukan tidak memberi respons kepada taktik pengurus mereka khususnya ketika ketiadaan Ronaldo yang menyaksikan Juventus sukar memenangi perlawanan. Contoh terkini ialah aksi Sabtu lalu apabila mereka hanya mampu seri 1-1 menentang... Klik untuk baca […]

today1 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *