Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Uqasha Senrose Dipuji Kerana Tak “Meroyan” Ditegur Netizen, Terus Perbaiki Diri Lengkap Bertutup Menyediakan Makanan

today25 May 2021

Background

Semakin seseorang itu dikenali maka semakin besarlah tanggungjawabnya kepada masyarakat. Sudah menjadi lumrah kehidupan seorang artis bahawa dirinya akan sentiasa diperhatikan dan apa sahaja yang dilakukan pasti akan dikritik oleh masyarakat. Jika kritikan itu membina ia sangatlah bagus dalam membentuk peribadi dan kematangan seseorang. Namun, jika ianya adalah kritikan yang membunuh pastinya ia tidak baik untuk diri sesorang. Lagipula artis juga hanyalah manusia biasa.

Baca juga: ‘PKP Lagi Dan Lagi’  Nukilan Uyaina Arshad Mendapat Perhatian Ramai

Pelakon, Uqasha Senrose dikritik semalam apabila melakukan live di Instagram untuk menunjukkan cara-cara penyediaan choco jar yang dijualnya. Ada yang menegur Uqasha tidak memakai sarung tangan, pelitup muka (facemask) dan juga tidak menutup kepala semasa menyediakan bahan makanan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Namun, keadaan bertukar pula apabila pengguna Instagram yang menegur itu pula dikecam oleh wargamaya yang lain kerana mungkin cara tegurannya yang agak kurang sesuai. Walau apapun, ada benarnya apa yang dikatakan tentang kebersihan dalam penyediaan makanan.

Kebersihan dalam menyediakan makanan memang amat dititikberatkan di negara ini. Hal ini adalah kerana, makanan yang tidak bersih boleh membawa kepada penyakit dan kesannya mungkin teruk kepada diri seseorang. Oleh itu, apabila melibatkan makanan, penjual perlu peka dengan hal ini.

Sehari selepas ditegur, Uqasha muncul di live Instagram lengkap dengan memakai tudung, sarung tangan serta pelitup muka mengikut panduan pengendalian makanan yang betul.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji sikap Uqasha yang professional. Tidak sedikit pun dia melatah. Sedari dirinya salah, Uqasha ambil teguran yang dilontarkan dan terus perbaiki diri. Uqasha turut berkata bahawa dia dapat mempelajari sesuatu daripada teguran yang baik.

Betul lah apa yang dikatakan Uqasha, kita semua sedang belajar dan teguran-teguran yang baik ini dapat membantu seseorang untuk perbaiki kesalahan mereka namun janganlah sehingga kita mengecam sehingga melukakan hati atau membuka aibnya. Apa pun, kita doakan agar perniagaan Uqasha dan Kamal Adli ini berjalan lancar dan mendapat sambutan yang meriah.

Baca juga: Kebaikan Tidak Mengenal Bangsa, Foodrider Ini Diberi “Ang Pow” RM100 Kerana Berbudi Bahasa

Sumber: Uqasha Senrose

Written by: Danisyah Dalily