Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

[VIDEO] 5 Roller Coaster Paling Jahat Di Dunia!

today31 January 2021

Background

Bukan semua orang minat naik Roller Coaster disebabkan faktor-faktor seperti takut dengan kelajuan atau ketinggian. Ada juga yang tak boleh naik Roller Coaster atas sebab kesihatan yang tak mengizinkan. Tapi bagi peminat Roller Coaster pula, biasanya mesti nak Roller Coaster yang laju, yang berpusing 360 darjah atau yang boleh menjunam dengan laju dari sesuatu ketinggian. Ini antara ciri-ciri yang dicari oleh pecinta Roller Coaster, dan yang paling best adalah perasaan adrenaline rush semasa menaiki Roller Coaster tersebut. Jadi kali ini jom tengok beberapa Roller Coaster yang jahat buat penggemar Roller Coaster.

Kingda Ka, New Jersey

Dengan ketinggian 456 kaki dan ketinggian drop-point pertama pada 416 kaki, Kingda Ka yang berada di Six Flags Great Adventure di New Jersey, Amerika Syarikat sememangnya mampu untuk buat jantung para pengunjung gugur. Gila weh ketinggian drop-point dia lebih daripada 400 kaki. Bukan setakat mempunyai ketinggian yang gila, tapi jarak untuk pergi ke drop-point pun singkat, bermakna tempoh perjalanan Roller Coaster ini sekejap sahaja. Walaupun masa yang sekejap, tetapi dengan kombinasi kelajuan dan ketinggian yang gila, penumpang Roller Coaster tersebut tentu merasakan cukup untuk naik sekali je.

Takabisha, Jepun

Kelebihan utama Roller Coaster ni mungkin pemandangan Gunung Fuji yang dapat dilihat oleh para penumpang pada hari cuaca cerah. Tapi itu pun kalau yang naik tu masih rasa tenanglah masa naik Roller Coaster ni untuk tengok pemandangan Gunung Fuji yang indah tu. Roller Coaster Takabisha mempunyai drop-point yang agak gila, di mana para penumpang akan dijatuhkan pada sudut 121 darjah. Apa yang unik tentang drop-point Takabisha adalah ia mampu untuk membuatkan para penumpang rasa macam nak terjatuh daripada tempat duduk masing-masing.

Yukon Striker, Kanada

Roller Coaster ini merupakan salah satu yang terpantas di dunia dengan terjunan terpanjang. Ia juga memiliki laluan yang berpusing 360 darjah. Tapi berpusing 360 darjah ni dekat Malaysia pun ada, cuma drop-point dia je yang lebih menyeramkan. Apa yang menambahkan ketakutan para penumpang adalah tempat duduknya yang tidak berlantai. Maksudnya kaki anda tak akan berpijak pada lantai dan akan membuatkan anda rasa seolah-olah terbang semasa di drop-point. Dari video point of view (POV) pun dah rasa pening.

Time Traveler, Missouri

Roller Coaster ni pun boleh tahan jahat. Bukan sebab dia punya drop-point tu curam, tapi sebab kenderaan Roller Coaster ni berpusing-pusing sepanjang perjalanan. Dengan ketinggian 100 kaki, Roller Coaster ni punya kejahatan boleh dikatakan yang terbaik dengan melakukan pusingan-pusingan pada kenderaan yang mampu meledakkan adrenaline rush para penumpang. Lepas naik Roller Coaster ni confirm muntah weh!

The Edge, Filipina

Okay yang ni tak nampaklah macam Roller Coaster sangat tapi masih lagi dalam kategori Roller Coaster. Apa yang ditawarkan dalam Roller Coaster ni bukanlah kelajuan atau drop-point yang gila, tapi view seolah-olah nak terjatuh dari bangunan tinggi. Di tingkat 38 Crown Regency Hotel and Towers, terdapat sebuah trek untuk mereka yang nak rasakan berada di hujung bangunan tinggi. Siapa yang selalu terfikir macam mana rasanya berdiri di hujung bangunan tinggi, boleh cuba naik The Edge ni. Permainan ini akan tergantung pada sudut 55 darjah di ketinggian 130 meter dari tanah. Rasanya cukup kot dan buat jantung berkencang laju. 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Ini 5 Letusan Gunung Berapi Paling Seram Dalam Sejarah

James Bulger – Tragedi Pembunuhan Anak Kecil Yang Dilakukan Kanak-Kanak Berusia 10 Tahun!

 

 

 

 

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Projek sayur bantu asnaf, belia

Port Dickson: Projek tanaman sayur antara projek rintis bagi mencari solusi masalah ekonomi yang semakin mencengkam ramai penduduk selepas diserang wabak pandemik Covid-19 sejak setahun lalu. Seramai lapan peserta, empat asnaf dan empat belia Kampung Sawah Sunggala memulakan projek rintis sejak sebulan lalu dengan mengusahakan tanah terbiar milik kerajaan seluas 0.4 hektar di sini. Idea dan perancangan awal projek ini dilakukan sendiri Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK),... Klik untuk […]

today31 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *