Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

[VIDEO] “Asyik Kita Je Obses Drama Korea” – Orang Korea React Drama Melayu, Takdir Yang Tertulis Terima Pujian

today6 May 2021

Background

Kalau orang kita yang buat video react drama Korea itu mungkin perkara biasa, dan kalau orang kita obses dengan drama Korea pun perkara biasa juga. Maklumlah dekat Malaysia ni semakin ramai yang menggemari drama daripada negara tersebut. Seronok menonton drama-drama sebegitu katanya.

Namun, drama-drama Melayu pun apa kurangnya sekarang semakin berkualiti dan diminati ramai. Sampaikan drama kita pun orang Korea ambil untuk dijadikan content video react mereka. Menerusi perkongsian di Instagram milik pengarah Takdir Yang Tertulis, Shahrulezad Mohammeddin, dia memaklumkan dramanya telah menjadi tontonan orang Korea yang menghasilkan sebuah video reaksi terhadap drama Melayu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

Apalah agaknya reaksi orang Korea ni bila tengok drama kita. Boleh saksikan reaksi mereka di YouTube. Bagaimanapun, drama Takdir Yang Tertulis mendapat pujian daripada mereka sehingga ada yang menyamakan ia seakan-akan drama Korea berjudul ‘Penthouse’. Aksi lakonan Nad Zainal juga turut mendapat pujian. Wah drama kita pun dah sama level dengan drama Korea ye. 

Baca juga: Mak Dan Ayah Meninggal Sebab COVID-19, Kisah Adik Berumur 12 Tahun Jadi Gelandangan Undang Rasa Sebak Netizen

Selain dari jalan cerita yang bagus dan lakonan yang mantap, rupa paras pelakon Alvin Chong turut dipuji kerana kelihatan seakan-akan orang Korea. Nampaknya orang Korea pun cair tengok Alvin ni

Dalam pada itu, melihat komen-komen wargamaya kita pula, ramai juga yang memberi cadangan untuk mereka membuat reaksi video bagi drama-drama Melayu yang lain juga. Mungkin inilah masanya kita buktikan bahawa drama tempatan juga mampu sehebat drama negara luar. Kalau dah orang Korea pun puji drama kita, tak adalah isu buat drama ‘syok sendiri’. 

Apa-apa pun, tahniah buat Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat kerana drama-dramanya telah membuka mata ramai pihak tentang kehebatan hasil drama tempatan. 

Baca juga: Episod Akhir Takdir Yang Tertulis Buat Penonton Ternganga, Shahrulezad Hanya Mampu Ketawa

Sumber daripada: YouTube

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Shahrul Saad

Sukan

Shahrul Saad Akui Terima Tawaran Dari Sri Pahang

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Ketua pasukan Perak, Shahrul Saad mengulas mengenai isu perpindahan beliau ke Sri Pahang yang sedang hangat diperkatakan ketika ini. Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, Shahrul mendedahkan beliau ada menerima panggilan dari pasukan Pahang namun masih belum membuat sebarang keputusan. Shahrul Saad @shahrulsaad akui terima tawaran dari Sri Pahang FC @OfficialPahang ??? @peraktbgmy Nantikan laporan... Klik untuk […]

today6 May 2021