Ibu bapa mana je yang tak risau kalau anak-anak sakit, lagi-lagi anak yang masih kecil lagi. Ditambah lagi dengan musim COVID-19 yang masih belum surut ni, kalau boleh kita tak nak tengok anak kita jatuh sakit. Terbaharu, menerusi perkongsian di akaun Instagram suami Nora Danish, anak bongsunya kini dilihat seperti kurang sihat.
View this post on Instagram
Dalam perkongsian video pendek itu, Boss Ned atau nama sebenarnya Mohamed Nedim Mohamed Nazri, menunjukkan keadaan putera bongsunya yang kelihatan seperti menahan sakit. Walaupun dalam sakit, Mohamed Neyqal Nedim, 3 tahun, kelihatan masih kuat berborak dengan ayahnya itu.
Baca juga: “Cantiknya Berhijab” – Wargamaya Terpegun Melihat Kecantikan Nora Danish Mengenakan Hijab
“Jam 4.30 pagi tadi, Ney Ney selesema. Kesian dia tak dapat tidur dengan betul,” tulis Boss Ned di ruangan kapsyennya.
Neyqal masih menunjukkan wajah cerianya walaupun mengalami sedikit batuk dan selsema. Semasa berbual dengan ayahnya, kedengaran juga suara seraknya akibat daripada batuk dan selsema itu.
Dalam pada itu, wargamaya lain mendoakan agar Neyqal cepat sembuh. Sedih juga mendengar suara Neyqal yang serak-serak itu. Walaupun sakit, masih pandai bebual dengan ayahnya. Semoga Neyqal cepat sembuh daripada sakit dan ceria seperti selalu.
Sumber daripada: Instagram