Memang seronok bila kita dapat hadiah yang istimewa daripada orang tersayang. Tapi dapat hadiah simple seperti sejambak bunga pun kira dah boleh mengukir senyuman di wajah. Tapi zaman sekarang ni seperti sudah menjadi trend untuk menghadiahkan jambangan bunga dalam bentuk duit. Dah tak main dah letak bunga betul. Sekarang orang letak duit betul dijadikan sebagai bunga.
Rezeki masing-masing untuk dapat atau menghadiahkan jambangan bunga ‘duit’ kepada orang tersayang. Bagaimanapun, tular sebuah video di aplikasi TikTok yang mendapat lebih satu juta tontonan, memaparkan seorang penggubah bunga ‘duit’ sedang membawa sejambak bunga ‘duit’ yang paling besar. Kalau siapa-siapa yang tengok tu memang terkejut dengan saiz jambangan bunga ‘duit’ tersebut.
@ciksu_safiyahnew record 2021??##byjemaricikyah ##safiyahalias ##terengganu ##bouquetmurah ##viral ##fypシ♬ Jelek gak papa PAIJO x Konfuz Patata – Mas Paijo
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan berapakah jumlah wang kertas dipercayai RM100 setiap satu yang digunakan bagi menghasilkan jambangan tersebut. Dalam masa yang sama, wargamaya yang lain turut menanyakan soalan yang sama dan masih tidak dapat jawapan yang pasti, walaupun ada yang meneka jumlahnya adalah sebanyak RM50,000 atau RM45,000. Anda rasa berapa banyak agak-agak jumlah note seratus ringgit yang ada tu?
Sementara itu, menerusi hasil carian mendapati pemilik akaun Ciksu Safiyah itu banyak menghasilkan hadiah seperti gubahan bunga ‘duit’ itu untuk para pelanggannya. Walaupun ada yang mengatakan bahawa dia menggunakan wang palsu bagi menghasilkan jambangan bunga ‘duit’ itu, namun hakikatnya itu semua adalah duit yang betul.
Baca juga artikel menarik lain:
[VIDEO] Takut Sumpahan Firaun, Perarakan Besar-Besaran Pindah Mumia Tetap Dijalankan Di Mesir