Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

[VIDEO] “Buah Oren Ke Epal?” – Kepala Harith Iskandar Habis Kena Sunburn Sampai Mengelupas Kulit…

today20 April 2021

Background

Cuaca di Malaysia ni sebenarnya boleh tahan panas. Kalau nak tahu, suhu terpanas pernah di catatkan di Malaysia adalah setinggi 40 darjah celsius di Perlis yang kali terakhir berlaku pada tahun 1998. Sebab itu kalau boleh siapa yang sering terdedah kepada cahaya matahari tu disarankan untuk memakai krim pelindung matahari, untuk lindung kulit kita daripada rosak.

Tapi kalau kulit terdedah dengan cahaya matahari sehingga mengakibatkan sunburn, apa akan jadi? Pelawak dan juga pengacara terkenal, Harith Iskander ada berkongsikan keadaan kulit kepalanya apabila terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama. Menerusi perkongsian video ringkas yang dimuatnaik di Instagramnya, Harith menunjukkan keadaan kulit kepalanya yang mengelupas. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harith Iskander™️ (@harithiskander)

Baca juga: “You Left Us Already?” – Sharifah Sakinah Dilihat Sudah Selamat Berada Di Luar Negara, Netizen Doakan Yang Terbaik Buatnya

“Jadi minggu lepas saya terdedah kepada cahaya matahari semasa sedang buat kerja. Pernah tengok orang berkepala botak yang kulitnya mengelupas?,” ujar Harith dalam perkongsian video itu. 

Berseloroh di ruangan kapsyen, Harith bertanyakan adakah ianya buah oren ataupun epal yang dikupas. Namun, ianya bukanlah buah tetapi kulit kepalanya yang kelihatan mengelupas akibat terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama. 

Dalam pada itu, para peminatnya turut memberikan nasihat buat Harith untuk memakai krim pelindung matahari ataupun mengenakan topi sekiranya berada di luar. Memang bahaya kalau tak lindung kulit kita daripada terkena cahaya matahari secara direct. Apa-apa pun, harap Harith Iskander jaga diri dan tidak menyebabkan sunburn sekali lagi pada kulit kepalanya. 

Baca juga: “Nampak Muka Fazura Cemburu” – Tular Video Fattah Dipeluk Seseorang, Fazura Perjelas Cerita Sebenar

Sumber daripada: Instagram

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Syahmi Safari

Sukan

Pemain Simpanan Bukan Sekadar Pelengkap Pasukan

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Pemain sayap Selangor FC, Syahmi Safari menganggap pemain simpanan perlu sedar kepentingan mereka dalam memberikan impak kepada pasukan, bukan hanya sekadar menjadi pelengkap. Bagi Syahmi, tidak kira hadir sebagai pemain dalam kesebelasan utama atau simpanan, setiap pemain mempunyai peranan yang cukup penting di atas padang untuk membantu pasukan terutamanya ketika waktu kritikal. Malah, apabila dia... Klik untuk baca […]

today20 April 2021