Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

[VIDEO] “OK Ke Tak Tu?” – Zara Zya Buat Peminat Risau Menari Dengan Kucing Sampai Berdarah Hidung

today16 April 2021

Background

Bulan puasa ni apa yang paling penting kita kena pastikan tahap kesihatan kita berada pada tahap yang terbaik. Kalau tak larat atau ada rasa sakit, sebaiknya pergi terus berjumpa dengan doktor. Yelah tambah lagi dengan musim wabak korona yang masih belum surut ni. Tapi ini mungkin cuma nasihat umum yang mempunyai sedikit kaitan dengan satu video yang dimuatnaik oleh pelakon, Zara Zya.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 36 tahun, bukanlah nama yang asing dalam dunia lakonan. Siapa yang layan drama dekat TV petang-petang tu memang kenal dengan Zara Zya. Tapi terbaharu, menerusi perkongsian video di Instagramnya, ada sesuatu yang mengejutkan berlaku.

Baca juga: [VIDEO] “Cantiknya Dah Ada Gigi” – Dituduh Tak Pandai Jaga Gigi Anak, Wawa Zainal Pasangkan Gigi Palsu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by www.malaysiaprihatin.com (@zarazya)

Dalam video pendek yang dihasilkan melalui aplikasi TikTok itu, dapat dilihat Zara sedang menari sambil mengangkat kucingnya yang bersaiz besar itu. Bagaimanapun, secara tiba-tiba hidungnya berdarah. Riak wajah Zara juga kelihatan cemas apabila melihat darah keluar dari hidungnya. 

“Berat sangat sampai berdarah hidung,” tulis Zara di ruangan kapsyen berseloroh seolah-olah hidungnya berdarah kerana kucing kesayangannya itu yang berat. 

Sementara itu, meninjau di ruangan komen, ramai yang bertanyakan sama ada Zara dalam keadaan baik ataupun tidak. Mana tidaknya, tentulah kita akan risau kalau nampak darah keluar dari hidung orang tu

Dalam pada itu, sempat juga seorang wargamaya berkongsikan cara atau langkah yang perlu diambil sekiranya darah keluar dari hidung. Memang bagus perkongsian salah seorang pengikut Zara ini yang mungkin boleh membantu mereka yang ada masalah hidung berdarah ini. Apa-apa pun, harap pendarahan tersebut tidak serius dan Zara Zya berada dalam keadaan yang baik.

Baca juga: “Hebatnya Semua Benda Dia Pandai Buat” – Siapkan Surau Secara DIY, Netizen Kagum Kegigihan Rita Rudaini

Sumber daripada: Instagram

Written by: Hamka Rosli


Previous post

EzDHIfUWYAMZzkM

Sukan

Solskjaer Tak Sabar Jumpa Roma

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Manchester United berjaya menyingkirkan Granada, untuk mara ke separuh akhir Liga Europa. United sekali lagi mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Granada. Dalam aksi yang berlangsung di Old Trafford, Man United mendominasi perlawanan sejak dari awal sepak mula. Man United hanya memerlukan masa 6 minit untuk membuka tirai jaringan ke atas Granada menerusi gol Edinson Cavani. Nasib Granada lebih […]

today16 April 2021