Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

[VIDEO] Tular Pasangan ‘Kayangan’ Tunggang Kuda Buat Pesanan Makanan Di Drive-Thru McD

today16 March 2021

Background

Normal kalau pasangan bercinta tu nak buat aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan berdua, ataupun yang rare dan jarang dilakukan orang lain. Ada yang akan bawa pasangan mendaki bukit atau gunung. Ada yang bawa pergi kedai makan paling rare. Maklumlah nak ambil gambar nanti boleh show off dekat kawan-kawan. Tapi rasanya itu semua belum cukup rare lagi sebab ada pasangan dari negara jiran di Indonesia lakukan perkara yang lagi rare.

Tular sebuah video yang dikongsikan di TikTok menunjukkan pasangan ini menaiki kuda untuk membeli McDonald’s secara pandu lalu. Anda buat pesanan naik kereta? Itu biasa je kalau nak dibandingkan dengan pasangan ini. Video tersebut menunjukkan pasangan tersebut sedang berada di salah satu cawangan McDonald’s untuk membuat pesanan makanan secara pandu lalu.

Jelas aksi pasangan tersebut mencuri perhatian apabila mendapat lebih 2.4 juta tontonan di TikTok, dan juga video tersebut turut tular di Twitter dengan lebih tujuh ribu ulang ciapan dan lebih 13 ribu likes. Memang jaranglah kita nak nampak orang buat pesanan secara pandu lalu dengan menaiki kuda. Paling kurang pun mungkin naik motor, tapi itu pun akan ada yang pandang pelik. 

Bagaimanapun, difahamkan pasangan tersebut gemar melakukan aktiviti bersama dengan menaiki kuda. Kalau lihat di TikTok, memang banyak video mereka melakukan aktiviti berkuda bersama-sama. Tambah lagi, mereka telah menjadikan kuda sebagai salah satu kenderaan utama mereka untuk bergerak ke mana sahaja. Kira bukan hobilah naik kuda ni, tapi sebagai kenderaan untuk bergerak. Rare sungguh!

Seperti biasa, melalui tinjauan di ruangan komen, rata-rata wargamaya terpegun dengan aksi pasangan tersebut. Selain itu, ada juga yang mengatakan aktiviti pasangan itu hanya untuk golongan atasan sahaja. Mungkin bukan untuk kitalah kalau nak berkuda pergi drive-thru tu.

Baca juga artikel menarik lain:

Lagu Aina Abdul Dekat Dengan Jiwa, Netizen Kongsi ‘Semalam’ Mengisahkan Hidup Mereka Juga

9 Pengemis Gagal Patuh SOP Berdepan Hukuman Denda RM10,000 Undang Kemarahan Orang Ramai

 

 

 

 

 

Sumber daripada: TikTok

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

Tips Mudah Bersihkan Gula Tertumpah Atas Karpet Tanpa Vacuum

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut cuba melakukan life hacks tersebut. Malah, ramai yang berkongsi hasilnya dan memang terbukti dapat serap gula yang tumpah di atas karpet. Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 579K likes, 3K comments dan 12K shares di TikTok. Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: 

today16 March 2021