Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

4 Bahan Makanan Jepun Boleh Buat Kulit Glowing!

today3 February 2021

Background

Perasan tak kalau kita lihat tekstur kulit wanita jepun, kebanyakannya halus, gebu dan licin. Jadi, tidak hairanlah jika terdapat produk kecantikan dari Jepun, pasti akan menjadi perhatian ramai.

Namun, percayalah mereka tidak mengharapkan pada produk kecantikan semata kerana mereka turut mengamalkan pemakanan yang tepat untuk mendapatkan kulit yang cantik.

via GIPHY

Menurut pakar Doktor Gigi berpengaruh, Dr. Irma Shida, makanan Jepun sebenarnya bukan saja sedap dan berkhasiat untuk badan tapi bagus juga untuk kulit wajah.

“Antaranya tofu kerana sel kulit baru lambat berganti dan hasilnya akan menampakkan kulit tiba-tiba menjadi kusam dan jerawat pun cepat naik. Bagi masalah ini, kandungan protein boleh meningkatkan cell turnover rate untuk menjadikan kulit nampak lebih bermaya,”

Baked Tofu (5 Ingredients Needed!) + Weeknight Tofu Recipes | A Clean Bake

Beliau turut menyenaraikan jenis makanan lain, antaranya…

  1. Teh hijau kerana memudahkan proses merawat kulit rosak apabila terdedah pada radikal bebas. Tambah pula radikal bebas in agak sukar untuk elak kerana datang dari cahaya matahari dan pencemaran.
  2. Lidah buaya kerana mempunyai kandungan air yang tinggi dan akan berikan kelembapan, lembut dan anjal pada wajah kulit, Malah lidah buaya yang kaya dengan vitamin A, C dan E boleh menyelesaikan banyak masalah jenis kulit.
  3. Rumpai laut yang mengandungi zinc dan magnesium dapat tingkatkan pertahanan semula jadi kulit serta mengekalkan kelembapan kulit. Jadi, untuk dapatkan kulit awet muda, pastikan kulit dalam keadaan lembab terlebih dahulu.

Beliau turut menambah tip wajah glowing, sebaiknya cari makanan yang mempunyai kolagen untuk melawan proses penuaan.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Kedai Tepi Jalan Pun Pandai ‘Seal’ Air..” – Nad Zainal ‘Sound’ Cara Restoran Terkenal Delivery Makanan

Tabiat Pemakanan Jadi Punca Antonio Cassano ‘Hanyut’ Di Real Madrid

 

 

 

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *