Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, ramai antara kita yang perlu Work From Home buat sementara waktu untuk memutuskan rantaian pandemik Covid-19 ini. Jadi, oleh sebab kita tidak boleh keluar ke mana-mana, apa yang kita boleh buat untuk hujung minggu nanti? Jom tonton Kdrama! Asyik tengok drama Melayu je apa kata kita tukar angin dan layan siri Kdrama pula? Hari ini kami akan kongsikan kepada anda, 4 buah drama Korea terbaru yang akan memulakan siarannya pada Januari 2021.
Be A Meal (MBC)
“Be A Meal” mempunyai 120 episode yang akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat . Drama harian ini dibintangi oleh Jung Woo Yeon, Jae Hee, Kwon Hyuk, Kang Da Hyun, Jo Han Joon dan ramai lagi. Drama ini digarap oleh sutradara Baek Ho Min dan penulis skrip Ha Chung Ok. Keduanya pernah bekerjasama dengan Jae Hee menerusi drama MBC “You Are Too Much” yang ditayangkan pada tahun 2017.
“Be A Meal” adalah sebuah drama yang menggembirakan yang menyentuh mengenai cinta, persahabatan, dan makanan! Ia mengisahkan seorang wanita bernama Young Shin yang impiannya semakin berkembang ketika bekerja disebuah restoren. Young Shin berumur dalam lingkungan 20an dan digambarkan seorang yang sangat optimis. Dia pakar dalam memasak terutamanya dalam menyediakan hidangan tradisi Korea. Young Shin kemudian bertemu dengan orang-orang yang akan memberikan impak besar pada kehidupan dan kariernya, termasuk pertemuan dengan Kyung-Soo (Jae Hee), yang begitu mengambil berat tentangnya.
Senior, Don’t Put on That Lipstick/She Would Never Know (JTBC)
“She Would Never Know” adalah adaptasi dari sebuah novel popular dengan tajuk yang sama. Ia mengisahkan tentang kisah cinta dipejabat yang rumit di antara dua rakan rekerja yang bertemu dalam pasukan pemasaran bagi satu jenama kosmetik. Won Jin Ah akan membawakan watak sebagai perfectionists Yoon Song Ah, senior kepada Chae Hyun Seung yang sangat kacak. Nampaknya, kali ini JTBC kembali mengangkat tema noona romance!
Are You Leaving? / Will You Leave? (Web Drama – SKY Channel)
“Are You Leaving” adalah adaptasi dari sebuah webtoon dengan tajuk yang sama. Ia bertemakan tentang fantasi muzikal romantis yang mengisahkan tentang perjuangan anak muda diusia 20an dalam mengejar cinta dan impian mereka. Chani SF9 membawakan watak Park Yeon, seorang pemuzik yang juga turut dikenali sebagai salah seorang antara tiga pemuzik handalan selain U Reuk dan Wang San Ak. Park Yeon digambarkan sebagai pemuzik genius dari zaman Goryeo. Dia jmemiliki keperibadian yang baik, jujur, serta naif, dan cinta adalah segalanya baginya. Pelakon rookie Park Jung Yeon pula memegang watak Min Yoo Jung, seorang busker dari zaman masa kini. Nasibnya tidak begitu baik namun pada satu hari dia memutuskan untuk mengejar impiannya menjadi seorang penyanyi.
Marriage Lyrics, Divorce Composition / Marriage Story (TV Chosun)
“Marriage Lyrics, Divorce Composition” akan menceritakan kisah tiga wanita protagonis yang menawan berusia 30-an, 40-an, dan 50-an di mana mereka berdepan dengan musibah yang tidak dapat dijangkakan, dan juga perlu menangani masalah pasangan suami isteri ketika mereka berusaha mencari cinta sejati. “Marriage Lyrics, Divorce Composition” menjadi drama pertama penulis skrip Im Sung Han dalam tempoh lima tahun.
Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Untuk mereka yang baru mula berjinak-jinak dalam Kdrama, semoga drama ini dapat tarik minat anda!
Baca juga:
5 Drama Korea November Harus Tonton
“Hidung Main Peranan!” – Sebiji Cara Lelaki Ini Ajuk Dialog Watak Drama Korea
Sumber: VOI
Post comments (0)