Jika anda suka bercucuk tanam, mungkin artikel dan tips dari kami kali ini bakal membantu anda. Bahan-bahan yang bakal dikongsikan ini bukan sahaja lain daripada yang lain malah ia juga akan bantu anda jimat duit belanja baja. Selepas ini anda mungkin hanya menggunakan baja semula jadi yang sebelum ini hanya dillihat sebagai sampah di dapur.
Baja semula jadi ini bukan sahaja jimat dan mudah didapati, ia juga bakal memberi manfaat kepada bumi iaitu kita dikategorikan sebagai guna semula sampah dan mengurangkan pengeluaran sampah.
Kulit pisang
Jika anda sering makan pisang di rumah dan hanya terus membuang kulitnya, selepas ini pastikan anda simpankan ia untuk tujuan dijadikan baja semula jadi. Untuk pengetahuan anda, kulit pisang sangat kaya dengan potasium, dan boleh dijadikan baja untuk tanaman. Untuk menjadikan baja, anda hanya perlu merendam kulit pisang dalam air selama 24 jam sebelum menyiram air rendaman pada tanaman anda.
Kulit telur
Ada banyak sangat khasiat telur. Telur putih baik untuk kulit, telur kuning baik untuk tekak dan kulit telur pula bagus untuk tanaman kerana ia mengandungi kandungan kalsium yang sering digunakan untuk menyuburkan tanaman yang mudah mati seperti tomato. Caranya mudah, anda perlulah hancurkan kulit telur dan tabur ke dalam pasu tanaman pilihan anda.
Serbuk kopi
Minum kopi bukan sahaja memberi kesegaran kepada manusia, ia juga sebenarnya bagus untuk tanaman! Serbuk kopi dapat mengubah tahap pH tanah dan kepada keasidan yang lebih tinggi untuk tanaman seperti bunga mawar dan tomato. Anda hanya perlu ambil serbuk kopi yang telah digunakan, anda boleh rendamkan ia ke dalam air atau boleh juga terus tabur ke dalam pasu.
Uncang teh
Pastinya untuk peminat setia minuman teh panas akan suka tips ini! Bukan sahaja akan ada alasan untuk minum teh, malah dapat jimat daripada membeli baja. Selepas selesai menggunakan uncang teh untuk buat air, anda jangan terus buang. Anda masukkan ia ke dalam dua liter air, kemudian siram air tersebut ke dalam tanah tanaman.
Kulit bawang putih dan bawang merah
Kulit bawang merah dan putih yang kaya dengan potasium, kalsium dan zat besi boleh digunakan sebagai baja. Ianya dapat membantu tanaman tumbuh dengan lebih kuat. Anda hanya perlu rendamkan kulit bawang ke dalam air dan biarkan selama tiga, empat hari, kemudian gunakan untuk menyiram tanaman. Mudah sahaja!
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut
Lelaki Ini Buka Kisah Bunuh Burung Pipit Untuk Selamatkan Tanaman Padi
Berkesan Atasi Serangga Perosak & Penyakit, Ini 7 Kelebihan Cuka Kayu Untuk Tanaman
Sumber: mStar