Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Ayah Selalu Ambil Tumbler I Ikut Suka Hati Dia,” – Lihat Apa Wanita Ini Buat

today24 November 2020

Background

Pernah viral satu video sebelum ni tentang seorang ayah terasa hati kerana kesemua anak-anaknya tidak menyambut ulangtahun hari jadinya sehinggalah dikejutkan dengan sebuah sambutan kecil dalam kalangan keluarga mereka.

Terbaru lain pula apabila tular sebuah lagi video seorang anak perempuan memberikan hadiah tumbler kepada ayahnya sempena hari jadi.

Ini kerana dia melihat tumbler kesukaannya sering dipakai oleh ayahnya hampir setiap hari. Malah, menerusi luahan dalam rakaman video tersebut dia menulis,

“Dia akan ambil bila-bila je dia nak. Sejujurnya saya tak kisah pun tapi…”

Biasalah, bila dah berkongsi, agak sukar untuk kita guna sewaktu kita memerlukan.

Jadi, dia memilih untuk membelikan satu lagi set tumbler khas untuk kegunaan ayahnya sendiri serta beg galas tumbler untuk mudah dibawa ke mana saja.

Menyentuh hati lagi apabila reaksi ayahnya menunjukkan rasa puas hati dan menghargai pemberian anaknya. Jom lihat video berikut…

https://twitter.com/omgilirawaidaa/status/1330860914464047104

Alahai comel je dua beranak ni tau, semoga hubungan mereka kekal akrab.

 

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja disini:

Perkongsian Kisah Hidup Cik B Masa Kecil Bongkar Perangai Sebenar Ayahnya

“Kenapalah Anak-Anak Tak Sambut Hari Jadi Ayah..” – Viral Video Ayah Menangis

 

 

 

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

Ini 5 Perkara Kecil Rakyat Malaysia Kongsikan Untuk Bantu Kita Jadi Komuniti Yang Kuat!

“Saya bersyukur masih mempunyai pekerjaan di saat ada orang lain yang kehilangan kerja. Walaupun gaji saya dipotong, tapi saya masih mampu untuk makan dan menampung kehidupan, berbanding orang lain yang langsung tiada pendapatan, apatah lagi untuk menyara keluarga.“Sebab itu, apabila ternampak saja berita atau kisah orang yang memerlukan bantuan, saya pasti akan hulurkan sumbangan tak kisahlah RM1 atau RM10, kerana saya faham betapa sukarnya apabila tiada wang untuk meneruskan... Klik […]

today24 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *