Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Berapa Kilo Perlu Naikkan Berat Badan Bila Mengandung?

today22 December 2020

Background

Itulah persoalan yang selalu bermain dalam fikiran ibu mengandung ni. Sebenarnya ringan atau berat, tak jadi masalah pun. Paling penting corak pengambilan makanan sihat atau tidak untuk bayi dalam kandungan.

Cuba set dalam kepala, apa pun nombor yang tertera pada penimbang hanyalah nombor semata sebab setiap individu mempunyai berat badan yang berlainan kerana saiz punggung, saiz payudara, saiz tulang, ketinggian, berat bayi dalam kandungan semua tu adalah berbeza.

via GIPHY

Apa kata doktor yang lebih pakar?

Untuk pengetahuan anda, berat badan yang bertambah semasa mengandung adalah disebabkan pelbagai faktor selain pertumbuhan dan pembesaran janin itu sendiri.

Malah menurut doktor ibu dan anak, Dr Hana, ketika mengandung hormon progesteron akan dirembeskan untuk menyokong kehamilan melambatkan proses penghadaman dan pergerakan usus.

Sumber: fbdrhana

“Uri, bayi, air ketuban, tali pusat dan sebagainya adalah salah satu faktor menyumbang pada pertambahan berat badan ketika mengandung. Jadi, anda tidak digalakkan untuk cuba menurunkan berat ketika mengandung kerana pertambahan berat yang sihat adalah sebahagian daripada proses kehamilan yang normal,” terangnya.

Macam mana nak tahu berat badan ibu mengandung yang normal?

Dr Hana menjelaskan, kenaikan berat badan yang sihat adalah pada kadar 0.5 kg setiap bulan sehingga 20 minggu pertama kehamilan (5 bulan pertama). Selepas 20 minggu, berat badan akan bertambah pada kadar yang lebih cepat iaitu 0.5 kg setiap minggu. Jumlah penambahan berat yang ideal sepanjang mengandung adalah kira-kira 12 kg.

Waktu Hamil Jangan Hentam Makan Sampai Berat Naik Mendadak Boleh Kemurungan Lepas Bersalin | Columbia Asia Hospital - Malaysia

Sumber: columbiaasia

Itu adalah pada dasarnya dan disebabkan setiap individu mempunyai berat badan yang berbeza sebelum mengandung, jom lihat kenaikan berat badan yang disarankan bagi individu wanita hamil mengikut indeks jisim badan (BMI) masing-masing…

  1. Wanita yang kekurangan berat badan dengan nilai BMI <18.5, perlu mendapatkan lebih banyak berat, dari 12.5 hingga 18 kg
  2. Wanita dengan purata berat badan nilai BMI dari 18.5 – 22.9, perlu mendapat kira-kira 11.5 hingga 16 kg.
  3. Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dengan nilai BMI 23 hingga 26.9, sepatutnya menambah berat dari 7 hingga 11.5 kg.
  4. Manakala wanita dengan nilai BMI 27 dan ke atas disarankan untuk menambah berat antara 5 hingga 9 kg sahaja.

Secara mudahnya, jika BMI anda adalah antara 18.5 hingga 22.9 sebelum mengandung, pastikan kenaikan berat badan anda sepanjang tempoh kehamilan adalah tidak melebihi 16 kg. Sebaliknya, jika BMI anda adalah tinggi sebelum hamil, kenaikan berat yang lebih rendah adalah amat digalakkan.

Kesimpulannya, jangan terkejut jika berat badan tambah lebih dari 10 kg semasa mengandung. Itu perkara biasa. Lagipun  itulah tanda bayi anda membesar dengan sihat dalam perut. Janji pemakanan yang anda ambil seharian, semuanya sihat dan berkhasiat untuk tumbesaran bayi.

Beliau turut membuat perkongsian rahsia dan cara sihat untuk menurunkan berat. Antaranya adalah..

  1. Diet yang seimbang tanpa perlu berlapar.
  2. Tidur yang lama juga dapat mempengaruhi berat badan.
  3. Membuar senaman yang mampu dilakukan waktu mengandung. Tak boleh buat jangan paksa diri.

Semoga bermanfaat!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Awas Risiko Kecacatan Bayi Jika Ambil Produk Kecantikan Ketika Mengandung

Wanita sarat mengandung, maut digilis treler

 

 

 

 

 

Sumber: fb drhanadiarymommies

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

mctominay united

Sukan

McTominay Jelmaan Keane Dan Scholes

Scott McTominay menerima banyak pujian daripada penyokong Man United serta legenda mereka. Ini selepas aksi luar biasa pemain itu ketika membantu Man United menang 6-2 di Old Trafford. Gary Neville bahkan melabel McTominay sebagai jelmaan Roy Keane dan Paul Scholes. McTominay menjaringkan 2 gol awal perlawanan dan kemudian menyumbang 1 bantuan gol kepada rakannya,Gol pertama beliau hadir seawal minit ke-2 dan gol kedua hanya selepas seminit daripada jaringan pembukaan tersebut. […]

today22 December 2020

Post comments (1)

  1. Biomedis on 3 January 2024

    Bagaimana cara menilai berat badan yang sehat dan ideal selain menggunakan penimbang? Apakah faktor-faktor lain yang perlu diperhatikan untuk memastikan kesihatan secara menyeluruh?
    Visit us telkom university

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *