Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Beri Kesan Buruk Kalau Badan Tak Cukup Kandungan Karotenoid

today3 December 2020

Background

“Karotenoid? Apa tu?”

Karotenoid adalah salah satu antioksidan yang penting untuk tubuh kesihatan kita dan bahan kimia yang memberi warna semula jadi pada kesemua buah dan sayuran. Pigmen ini menghasilkan warna sepert hijau, putih, kuning cerah, merah, oren dan lain-lain seperti mana warna yang terdapat pada sayur dan buah-buahan.

Menurut penerangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman akaun Facebook, fungsi karotenoid adalah untuk membekalkan vitamin A dan kandungan karotenoid sangat banyak pada lobak merah.

via GIPHY

Kegunan vitamin A pada tubuh pula, untuk melindungi tubuh badan daripada terkena apa-apa penyakit yang berisiko dan meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

Bagi yang rasa karotenoid tidak penting, sebenarnya anda salah kerana berkemungkinan anda boleh mengalami beberapa simptom seperti…

  1. Rabun malam.
  2. Sistem imun menjadi lemah.
  3. Meningkatkan risiko menghidap penyakit kanser.
  4. Kerosakkan kornea mata yang mungkin menyebabkan buta.
  5. Peningkatan mortaliti dan morbiditi yang menyebabkan penyakit penfasan dan gastrousus.

Nampak tak keburukkan jika tak makan lobak merah? Dan sebenarnya, bukan lobak merah je yang ada banyak manfaat, sayur dan buah lain juga ada manfaat mereka tersendiri cuma memberi kesan yang berbeza.

Tentukan kesihatan anda dengan menentukan pilihan rutin makanan harian anda.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Penggemar Somtam? Jom Buat 2 Jenis Somtam Ini

Resepi Kerepek Carrot, Sihat Sesuai Untuk Anak-Anak

 

 

 

 

Sumber: facebook 

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Pegawai Imigresen, ejen direman 7 hari

Shah Alam: Pegawai imigresen dan ejen yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor semalam, ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini. Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi berkata, perintah tahanan reman itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Nor Azilah Mat di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas menerima permohonan pihaknya. Kedua-duanya berusia 26 tahun dan 40 tahun akan disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. Terdahulu, media... […]

today3 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *