Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Betul Ke Nasi Yang Dipanaskan Penyebab Keracunan Makanan?

today25 October 2020

Background

Nasi ada lagikan? Panaskan nasi tu, esok boleh makan lagi. Nanti basi..”

Orang dulu selalu pesan macam panaskan nasi bila tiba malam untuk makan esok. Mungkin sekarang ni masih lagi yang buat. Kononnya untuk mengelakkan pembaziran.

Memang betul tapi bukankah lebih baik kalau kita tahu bajet untuk berapa orang makan. Elakkan masak lebih kecuali jumlah isi rumah ramai dari kebiasaan.

Tak apa tak cukup sebab boleh masak lagi. Cuma cara memanaskan nasi yang sudah masak, agak-agak elok tak untuk kesihatan?

via GIPHY

Jadi kami akan kongsikan penerangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Menurut mereka, ia bukan kerana pemanasan semula nasi tu tapi cara kita menyimpan nasi itu sebelum dipanaskan.

Nasi yang ditinggalkan dalam suhu bilik lebih 4 jam menyebabkan spora yang ada dlm nasi itu aktif semula sekaligus menyebabkan pembiakan bakteria bacilus cereus sehingga menghasilkan toksin beracun. Sebab itu lah penting untuk kita menitik beratkan cara penyimpanan makanan.

via GIPHY

Bagaimanapun terdapat netizen yang cuba menolak penjelasan ini kerana melihat dari kesihatan orang dulu dan ini adalah jawapan dari KKM.

Jadi, lepas ni pastikan makanan yang telah dimasak mesti disimpan dalam bekas yang tertutup dan tidak terdedah.

Berhati-hati ye dalam pemilihan makanan!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Offer Sampai RM1800 Hanya Jaga Gerai Nasi Lemak, Netizen Banding Dengan Gaji Company Besar

Stres Dan Suka Makan? Cuba Makanan² Yang Sesuai Hilangkan Tekanan

 

 

 

 

Sumber: KKM

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Sukan

Gol Jota cetus kebangkitan Liverpool

Liverpool: Jurgen Klopp memuji kemampuan pemain Liverpool menangkis "ketidakadilan" ketika juara Liga Perdana bangkit mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Sheffield United, pagi ini. Skuad kendalian Klopp dikejutkan menerusi jaringan penalti kontroversi babak pertama disempurnakan Sander Berge di Anfield, dengan skuad Reds kecewa apabila tayangan VAR memberikan sepakan itu sekalipun Fabinho dilihat melakukan kesalahan di luar kawasan kotak penalti Namun Roberto Firmino menyamakan kedudukan... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today25 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *