Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Betul Ke Termometer Infrared Boleh Rosakkan Saraf Otak?

today13 October 2020

Background

Musim wabak berbahaya ni, kalau masuk ke dalam mana-mana premis pasti perlu memeriksa suhu badan terlebih dahulu. Hal ini disebabkan tiada vaksin yang berjaya ditemui lagi kerana masih dalam kajian.

Berikutan itu, orang ramai harus mengikuti SOP yang telah ditetapkan misalnya menyemak suhu badan sebelum masuk ke mana-mana premis.

Sumber: cariangoogle

Thermogun berisiko terhadap otak?

Namun baru-baru ini, KoolFM terjumpa satu video yang membincangkan tentang penggunaan termometer inframerah yang ditembak pada bahagian dahi.

Salah seorang perbahasan dalam video tersebut mengatakan jika sesiapa ingin mengambil suhu badannya di bahagian dahi, dia akan menolak dan meminta menembak thermogun di bahagian belakang tangan kerana gusar memberi kesan terhadap otak.

https://www.facebook.com/bless4hell.com666/videos/2689120184692771

Penerangan dari seorang doktor…

Tapi, sejauh mana kebenaran fakta ini? Salah seorang Doktor Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr. Muhammad Izzat tampil menjelaskan fakta yang sebenar mengikut kajian saintifik.

Menurutnya, sinaran inframerah dan laser adalah dua perkara berbeza kerana infrared selamat digunakan malah tidak akan merosakkan otak atau mana-mana saraf mata.

“Otak akan jadi rosak kalau…”

Tiada masalah bila guna termometer itu pada dahi kerana itu cara yang betul untuk dapatkan bacaan yang tepat. Penggunaan termometer infrared juga tak menyebabkan otak jadi sewel. Cuma, otak akan jadi rosak disebabkan kurang membaca sehingga mudah sangat kena scam,” jelasnya dengan ayat gurauan.

Dr. Izzat turut menambah, non-contact termometer yang digunakan pada zaman sekarang adalah termometer infrared, bukannya menggunakan laser jadi tidak merbahayakan kesihatan pun.

Lepas ni, jangan cek suhu guna tangan pula okay?

Semoga maklumat yang kami sampaikan ini memberi manfaat buat anda semua.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Jangan Malas & Ambil Mudah, Perbuatan Imbasan Suhu Dari Tapak Tangan Sebenarnya Silap!

Saring suhu dengan topi keledar

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

PKP 2.0 jejaskan ekonomi negara

SHAZWAN YUSOPKES penularan Covid-19 dalam negara telah meningkat secara mendadak sejak kebelakangan ini sehingga menimbulkan kebimbangan masyarakat. Sejak minggu lalu, kes mening­kat kepada tiga angka sehingga 691 kes pada 6 Oktober lalu dan jumlah itu yang tertinggi sejak Malaysia dilanda virus berbahaya tersebut. Ia diburukkan lagi dengan beberapa pemimpin dan wakil rakyat yang dijangkiti pandemik Covid-19 selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri Sabah. Rentetan itu, orang ramai mula... Klik untuk baca […]

today13 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *