Janganlah beli baju putih, nanti susah nak jaga. Basuh nanti satu hal, melekat dengan baju warna lain,”
Itulah masalah sesetengah individu sampai mereka tak ada langsung baju warna putih dalam almari tapi kalau tak ada baju putih pun tak boleh juga. Takut nanti bila ada majlis yang memerlukan pakaian bewarna putih, dah kena shopping tergesa-gesa.
Nak tak nak kena beli juga. Tak eloklah datang majlis orang tak ikut tema yang ditetapkan. Betul tak?
Dah alang-alang ada sehelai dua tu jom baca tip cara kekalkan baju putih seperti baru beli. Nanti tak adalah sekali dua basuh, baju putih dah melekat-lekat warna lain. Caranya adalah…
Rendam dan sental
Elakkan basuh menggunakan mesin basuh kerana takut warna baju lain yang luntur melekat pada pakaian putih. Kan dah tak cantik tu. Cara ni agak remeh sikit tapi boleh je buat semasa mandi.
Maknanya, sebelum mandi tu rendam siap-siap pakaian putih dalam besen yang dipenuhi dengan air sabun. Kocakkan baju dan air sabun sedikit. Biarkan sehingga anda habis mandi. Kemudian, bilas, sental bahagian ketiak dan kotor dan jemur!
Sumber: vanillakismis
Mesin basuh…
Kalau malas nak guna cara pertama, guna cara kedua. Basuh guna mesin basuh tapi ada syarat.
- Terbalikkan baju sebelum masukkan dalam mesin basuh supaya warna putih di bahagian luar tidak luntur.
- Basuh baju putih saja. Jangan sesekali sekali dengan baju warna lain kerana dua faktor, warna putih akan melekat dengan warna baju yang lain dan warna baju putih akan kusam.
Sumber: mehbaca
Tip: Tidak kira basuh dengan menggunakan cara rendaman atau mesin basuh, gunakan air panas supaya kotoran dan bakteria (tompokan kuning) mudah hilang.
Dah tahu, bolehlah guna bila nak basuh baju sekolah anak. Selamat mencuba!
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Bukan Rendam & Berus Semata, Ini Teknik Sental Baju Guna Tangan Dengan Betul
Jom Deko Bahagian Basuh Baju Yang Sempit Agar Nampak Kemas
Sumber: marthastewart
Post comments (0)