Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Doktor Ini Ajar Cara Hilangkan Tangan Rasa Pijar Dek Cili

today5 October 2020

Background

Sering kita dengar petua menghilangkan rasa pijar selepas memotong cili adalah merendam dan meramas tangan dalam beras atau cuci dengan minyak masak, garam, tepung gandum, minyak kapak, susu, cuka atau asam jawa.

Tapi, persoalannnya betul ke tindakan tersebut memberi kesan atau itu hanyalah mitos semata? Jom kita lihat penjelasan ringkas dari Pensyarah Kanan Institut Atta-ur-Rahman UITM, Dr. Fatimah Salim

Menurutnya, punca rasa pijar disebabkan oleh bahan kimia semulajadi yang ada dalam cili iaitu capsaicin. Bahan kimia ini jugalah yang memberikan rasa pedas pada cili.

Untuk pengetahuan anda juga, capsaicin mempunyai ekor panjang yang bersifat hydrophobic (tidak memggemari air) yang membolehkannya larut dalam minyak, lemak atau larutan organik.

Semasa proses memotong cili, bahan kimia ini akan terbebas dan membuat ikatan dengan tisu kulit kita. Ikatan ini akan mengaktifkan protein yang bertanggungjawab untuk mengesan rasa panas dan sakit sederhana pada kulit lalu menghantar maklumat ke otak. Otak akan mentafsir ianya sebagai rasa panas. Mekanisma ini akan membuatkan kita berasa pijar ‘burning sensation’,”

Sumber: babap.net

Maka boleh disimpulkan bahawa petua-petua tersebut adalah lebih kepada memisahkan kimia capsaicin dari tisu kulit.

Kesimpulannya, rasa pijar boleh dihilangkan dengan…

  1. Menggunakan minyak masak disertai dengan sabun cuci.
  2. Menggunakan beras, tepung, rendaman dengan susu (mengandungi lemak protein casein yang boleh melarutkan capsaicin)
  3. Garam dan asam jawa (menukarkan capsaicin kepada komponen yang larut air) yang mana disertai dengan sabun cuci.

Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: majalahsains

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

LRA Semenyih fasa dua beroperasi seperti biasa

Kuala Lumpur: Operasi Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih fasa dua yang membekalkan air ke Bandar Baru Bangi dan kawasan sekitar masih diteruskan seperti biasa. Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata, ini kerana LRA Semenyih fasa dua berkapasiti 100 juta liter sehari (MLD) itu mendapat bekalan dari Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) berpunca dari Sungai Langat. Beliau berkata, penutupan LRA Semenyih hanya membabitkan fasa satu […]

today5 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *