Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Elak Insiden Tertukar Bayi, Ini SOP Dan Juga Proses Discaj Ibu Bersalin Di Hospital

today16 June 2021

Background

Baru-baru ini kecoh dengan satu kes seperti sebuah sinetron Indonesia ‘Puteri Yang Ditukar’ di mana pasangan suami isteri ini menyedari bayi mereka telah tertukar dengan bayi yang lain. Tragedi tersebut tentu sekali menimbulkan fobia buat kaum ibu bapa, terutamanya yang baru nak menyambut cahaya mata pertama. Takut perkara yang sama terjadi. Jadi sebagai langkah berhati-hati, jom tengok apakah proses yang perlu dilalui sehingga ibu dan anak selamat discaj dari hospital.

Perkongsian dari seorang doktor di Twitter ini menyatakan setiap hospital mempunyai prosedur operasi standard (SOP) tersendiri, bagaimanapun asas proses untuk ibu bersalin sehingga keluar dengan selamat dari hospital adalah sama. Jadi boleh gunakan perkongsian ini sebagai panduan semasa hendak bersalin nanti.

1. Postnatal Round

Selepas selamat melahirkan bayi, Dr O&G akan memeriksa ibu, manakala Dr Pediatrik akan memeriksa bayi. Namun ada sesetengah hospital, doktor yang memeriksa ibu itu akan periksa sekali bayi. Doktor tersebut kemudian akan memberi nasihat berdasarkan pemeriksaan. Jika terdapat kerisauan seperti penyusuan pada ibu atau bayi pun doktor tersebut akan check dan maklumkan. 

Selain itu, doktor juga akan tanya mengenai perancangan keluarga, tentang darah nifas, dan juga akan memeriksa bahagian abdomen untuk melihat sama ada rahim mengucup ataupun tidak. Bagi bayi pula, doktor akan check secara luaran dan lihat sama ada bayi sudah buang air kecil ataupun belum. Sekiranya bayi kuning kurang 24 jam, bayi terus dirujuk kepada Dr Pediatrik (Pakar Kanak-Kanak).

Baca juga: Rina Harun Cadang Pakaikan ‘Barcode’ Pada Bayi Baru Lahir Untuk Elak Tertukar

2. Luka Episiotomi

Kemudian luka episiotomi akan diperiksa dan kalau bukan doktor, jururawat akan buat calitan untuk memeriksa luka tersebut.

3. Suntikan BCG

Image via:https://www.parents.com/

Seterusnya, bayi akan disuntik dengan BCG. Kebiasaannya jururawat akan buat. Sama ada jururawat masyarakat (reben purple) atau jururawat terlatih (reben biru) yang akan buat. Mungkin swasta punya lain.

4. Ubat Untuk Si Ibu

Lepas itu, ubat untuk si ibu akan diuruskan pula. Senarai ubat biasanya akan disiapkan semasa postnatal round. Jadi jururawat akan maklumkan pada farmasi ubat yang diperlukan oleh ibu tersebut. Sekiranya ada ubat yang perlu diajar seperti insulin atau inhaler, atau ubat cucuk cairkan darah, farmasi akan naik ke wad untuk ajar kepada si ibu cara menggunakannya.

5. Dokumen Yang Akan Diberikan Pada Ibu

Jadi ini adalah senarai dokumen yang akan diberikan kepada ibu. Kena ambil maklum bab-bab dokumen ni. Tapi biasanya jururawat akan terangkan pasal ni

  • Borang Pendaftaran Kelahiran / Kelahiran Mati JPN LM01
  • Borang Pengesahan Kelahiran (berwarna putih).
  • Buku Rekod Kesihatan Bayi & Kanak-kanak 0-6 tahun.
  • Buku Antenatal KIK/1(a)96 ( buku pink )
  • Kad Temujanji ( kalau ada appointment)
  • Borang Kepingan Caj Hospital jika berkenaan ( ni kena settle dgn unit hasil )
  • Borang Pemeriksaan Pengawal Keselamatan

6. Ada 3 Checkpoints Untuk Baby Discaj

  • Pertama, kaunter jururawat:

Checkpoint pertama ni dua orang jururawat akan semak nama si ibu dan nombor kad pengenalan, dan nama bayi (ikut tag pada kaki). Kenapa dua orang? Kuranglah sikit kesilapan kalau ada dua jururawat yang check  di situ. Kemudian, lampin bayi akan dibuka untuk tengok jantina bayi betul ataupun tidak. Jadi bila semua dah yakin dan berpuas hati, barulah pergi ke checkpoint seterusnya.

  • Kedua, wad kemasukan (entrance ward):

Di sini akan ada pengawal keselamatan jaga. Jadi pengawal di sini memang sudah dilatih untuk selak kain bayi dan tengok tag pada kaki, serta tag pada ibu dan kad pengenalan. Selain itu, dokumen-dokumen juga akan disemak sebelum dilepaskan ke lif untuk ke checkpoint seterusnya.

  • Ketiga, lobi hospital (sebelum keluar hospital)

Di sini juga akan ada pengawal keselamatan yang jaga. Pengawal di sini akan semak semula tag pada kaki bayi dan tag pada ibu beserta kad pengenalan. Di sini juga si ibu akan serahkan borang yang diterima tadi kepada pengawal keselamatan. Selepas semuanya selesai, tag pada ibu dan bayi akan dipotong. 

Image via:https://www.lancastergeneralhealth.org/

Selepas semua selesai, maka berangkatlah ibu bersama bayi pulang ke rumah masing-masing. Semua proses ini kadang-kadang akan ada jururawat yang ikut sama, dari awal sampai habis. Semua proses dan langkah ini penting untuk pastikan bayi yang betul kepada ibu yang sebenar. SOP yang sedia ada ini juga bagi mengelakkan kejadian culik bayi.

Baca juga: “Bukan Setakat Seriau, Fobia Pun Ada” – Siti Sarah Akui Takut Kes Tertukar Bayi Jadi Pada Diri Sendiri

Written by: Hamka Rosli


Previous post