Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Fakta Menakutkan Tentang Berus Gigi Anda

today19 April 2021

Background

Memberus gigi adalah amalan yang telah diajarkan kepada kita sejak diawal usia lagi. Malah doktor akan menasihati para ibu untuk mula memberus gigi anak sejak mereka sudah mula makan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pentingnya amalan memberus gigi dan penjagaan oral.

Kita menggunakan berus gigi pada setiap hari. Kebanyakkan orang akan memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Menurut nasihat doktor, kita sepatutnya memberus gigi setiap kali selepas makan supaya tiada sisa yang terselit dan tertinggal di dalam mulut. Jadi, kita memang mempunyai hubungan yang rapat dengan berus gigi tetapi adakah anda betul-betul mengenali berus gigi anda? Di sini kita kongsikan beberapa fakta menakutkan yang anda perlu tahu.

Baca juga: Cepat Rasa Dahaga Semasa Berpuasa? Cuba Cara Ini Untuk Elak Dehidrasi

Jutaan Bakteri Di Dalam Mulut

Mulut adalah tempat di mana bakteri membiak. Malah, ia boleh dipenuhi berjuta bakteri yang berlainan spesis. Menakutkan tetapi sebanyak 100-200 spesis bakteri mungkin berada di dalam mulut anda. Kekotoran di dalam mulut sebelum anda memberusnya diibaratkan seperti kekotoran di lantai bilik mandi. Begitulah banyaknya bakteri yang berada di dalam mulut dan kerana itu jugalah amat penting untuk kita memberi tumpuan yang lebih kepada penjagaan oral. Apa yang lebih dasyat, berus gigi yang anda gunakan sebenarnya mengandungi lebih 100 juta bakteri di atasnya termasuklah bakteri staphylococci dan E. Coli. Disebabkan itu jugalah kita perlu sentiasa menukar berus gigi.

Penutup Berus Gigi Tidak Berkesan

Anda mungkin rasa jika berus gigi ditutup dengan penutup plastik selepas digunakan ia adalah lebih bersih kerana terhindar daripada kotoran. Tetapi sebenarnya jika kita menggunakan penutup plastik berus gigi, bakteria lebih senang untuk membiak. Hal ini adalah kerana, keaadan berus gigi yang akan sentiasa berada dalam keadaan lembab apabila ditutup.

Jangan Letakkan Ia Di Sinki Atau Pam Aliran Air

Kebanyakkan kita selalu meletakkan berus gigi di sinki kerana senang untuk diambil atau berdekatan pam tandas dek kerana susun atur tandas yang selalunya berdekatan dengan sinki. Tetapi tahukah anda, apabila anda mengepam tandas, bakteri dalam tandas akan terperangkap dalam udara dan mendarat pada berus gigi anda. Sama juga halnya apabila anda meletakkan berus gigi di sinki. Sinki adalah tempat kita mencuci tangan. Apabila kita mencuci tangan, bakteri pada tangan boleh tersebar dan  terkena pada berus gigi anda. Oleh itu, cuba elak dari meletakkan berus gigi di tempat aliran air.

Bakteria Hidup Selama Tiga Hingga Lima Hari Pada Berus Gigi

Bakteria boleh hidup selama tiga hingga lima hari pada berus gigi anda. Jika anda sakit dan anda menggunakan berus gigi, bakteria tersebut akan melekat pada berus gigi. Disebabkan itulah kita tidak boleh berkongsi berus gigi dengan orang lain. Hal ini kerana, bakteria yang membawa virus pembawa penyakit mungkin tidak akan menjangkiti anda tetapi ia akan menjangkiti orang yang berkongsi berus gigi bersama anda.

Berus Gigi Perlu Ditukar

Bila kita perlu tukar berus gigi dan sekerap mana ia perlu diganti? Berus gigi umumnya perlu ditukar selepas tiga atau empat bulan penggunaannya. Tetapi siapa yang betul-betul menyedari selama mana mereka menggunakan berus gigi? Pasti tidak ramai. Jadi anda disarankan untuk tukar berus gigi jika ianya telah haus kerana berus gigi yang haus tidak mampu membantu membersihkan mulut dengan efektif.

Jadi itulah antara fakta tentang berus gigi yang anda perlu tahu supaya penjagaan oral dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Rata-rata merasakan bahawa mereka sudah mempunyai kesihatan oral yang baik tetapi kaji selidik menunjukkan 98 peratus rakyat Malaysia kurang menjaga kesihatan mulut dengan 94 peratus daripada mereka berhadapan dengan masalah gusi. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil tahu tentang kesihatan oral kita.

Baca juga: “Puasa Makes The Food Tastes Better..” – Anak Diana Danielle, Muhamad Lebih Menghargai Makanan Di Bulan Ramadan

Sumber: Hello Doktor

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

Buletin

Kiswah Zainab sempurnakan fardu kifayah umat Islam

Platform PKS PETALING JAYA – Siapa sangka niat untuk mempromosikan pakej haji dan umrah kepada sekumpulan masyarakat di Jepun telah berjaya mengubah 360 darjah operasi perniagaan Kiswah Zainab Sdn. Bhd. hingga ke hari ini. Seiring pandemik Co­vid-19 yang menghalang daripada operasi perniagaan berkaitan per­khidmatan pakej haji dan umrah merentas sempadan negara buat sementara waktu, syarikat yang telah beroperasi sejak tahun 2013 itu terpaksa mengubah haluan kepada perniagaan... Klik untuk baca […]

today19 April 2021