Di Malaysia terdapat lebih 120 jenis tumbuhan yang boleh dijadikan sebagai sayur ulam. Memang sedap kalau dimakan bersama nasi putih panas bersama ayam sambal serta belacan atau tempoyak
Sayangnya, zaman serba maju ni, tak ramai yang tahu tentang khasiat makanan ulam-ulaman. ‘Bersepah’ kafe hispter, makanan manis dan barat yang semakin menjadi tumpuan orang ramai terutama anak muda.
Kemudian, mulalah kesihatan pun terjejas disebabkan amalkan gaya hidup dan pemakan tak sihat tapi sebenarnya tak semestinya disebabkan pengambilan makanan barat, ada faktor lain juga. Pokok pangkalnya, bergantung pada antibodi diri kita.
Kami ingin kongsikan bersama anda tiga ulam yang dapat mengawal pH bacaan gula dan darah dalam badan. Tak nak lah nanti umur belum lagi cecah 40-an, dah ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Orang dulu-dulu kata, lebih baik mencegah daripada merawat.
Petai
Petai atau nama sebenarnya adalah Parkia speciosa mengandungi nutrien seperti kalsium, fosforus, zat besi, vitaminA, B1, B2 dan C. Kesemua gizi ini dapat membantu mengawal kandungan gula dan darah dalam badan sekaligus membaiki sistem penghadaman.
Cara makan: Direbus, dibakar atau dimakan mentah.
Sumber: soyalemonviral
Jering
Kajian mendapati jering mengandungi zat lebih kurang seperti petai iaitu protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, besi, vitamin A, vitamin B dan 9 dan juga vitamin C. Jadi, tak hairanlah kalau jering juga dapat mengawal kandungan gula dan darah dalam badan.
Cara makan: Dimakan mentah atau digoreng.
Sumber: detikdaily
Kerdas
Jarang orang kenal kerdas sebab jarang ditemui di pasar. Kalau ada pun, di kawasan kampung. Bentuknya seperti buah asam jawa tapi bezanya kulit luar kerdas sedikit kehijaun. Ramai kata, bau kerdas lebih kuat berbanding petai dan jering. Sangat sedap meratah begitu saja bila kerdas keadaan keras dan ranggup.
Cara makan: Dimakan mentah.
Sumber: bicaramentari
Selepas ini, pastikan tiga jenis ulam ni pastikan wajib ada dekat dalam peti ais ye.
Ingin kami ingatkan, pengambilan tiga ulam ni haruslah berpada-pada. Cukup makan sehari sekali tapi seminggu 4 hari. Tak terlalu banyak, tak terlalu sikit.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Cara Elakkan Petai Dari Cepat Busuk
Jaja petai, buah-buahan untuk cari duit belanja masuk universiti
Sumber: karteldakwah , alaf21
Post comments (0)